loading...

Khasiat Buah Tunjuk Langit



Assalamualaikum wbt. Apa habaq semua para pembaca. Tok Wan minta maaf la lama sangat tak menulis. Maklum la sibuk sangat reja dengan aktiviti persatuan dan keluarga.
      Hangpa semua apa habaq, Tok Wan doakan semua sihat dan dijauhi dari segala jenis penyakit terutama wabak Convid 19 ni la. Masa PKP ni dok rumah elok-elok la no.. jangan dok pi melewaq tak tentu hala plak.. yg reja macam Tok Wan takpa la. Amanah kena buat.
      Semalam Tok Wan masa dok buat reja dekat dekat Shah Alam Tok Wan jumpa 3 biji buah tunjuk langit. Alhamdulillah rezki. Lama sangat dah tak nampak buah ni.. ada la dekat 2-3 tahun. Bagi orang tua tua dulu depa kenai la buah ni. Kalau tanya budak budak la ni haram tak tau apa pun. Silap-silap depa igat buah koko.. ka buah koko pun tak kenai... huhuhu
        Sebelum Tok Wan gebang lebih lanjut pasai Buah Tunjuk Langit ni Tok Wan nak kongsi sket keratan surat habaq Harian Metro ni kat  hangpa semua... bleh la no pakat pakat baca.
.......................................................
Khasiat buah tunjuk langit
Siti Nadirah Hafidzin
BUAH TUNJUK LANGIT
SEBAGAI penawar kencing manis.
Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit antara­nya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga membantu individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.
Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.
Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.
Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Selain mengamalkan pengambilan buah ini, anda juga dinasihatkan mengawal diet harian dan tidak mengambil makanan atau minuman sesuka hati tanpa kawalan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 11:46 AM
2020 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.
...............................................................
Ha... banyak jugak guna dia, Tok Wan igatkan untuk ubat darah tinggi,  kencing manis dengan ubat kuat lelaki ja. Huhuhu.. rupanya banyak jugak la fungsi dia... Baguih la.. harap kerajaan tanam banyak sket kat tepi tepi jalan ni.. janganla dok pi tebang plak.. kesian kat rakyat marhain macam kami ni.
         Kat sini Tok Wan nak kongsi sikit la cara rawatan yang Tok Wan guna ni.. Tok Wan bukan la bomoh atau doktor tapi ada la kutip sikit sikit kat orang tua tua dengan pak angkat Tok Wan.
CARA MERAWAT GUNA BUAH TUNJUK LANGIT.
Buah tunjuk langit ni kita kena kopek dulu. Kulit dia ni keras kasaq sket. Bentuk lebih kurang macam buah kopi tu. Dalam dia macam ada bunga atau pelepah berlapih-lapih.
Ujung pelepah tu macam tebai sket dalam tu ada kacang atau bijik warna putih. Pelepah atau bunga ni macam span ja.. kita boleh koyak pelan pelan. Kopek amik bijik dia..
PERINGATAN, ambik biji dia yang warna putih bkn perlepah dia tau.
CARA PERTAMA
1. 3 biji yang warna putih dikunyah waktu pagi sebelum makan dan sebelum tido. Kurang pun boleh, lebih tu bergantung pada diri sendiri la tapi tak digalakkan.
2. Cara kunyah dengan guna gigi depan sampai lumat dan telan. Sebab apa tak boleh guna graham atau gigi belakang... sebab buah ni pahit kalau guna gigi belakang takut lekat.. pahit sampai ke malam. Kalau tak percaya boleh cuba. Huhuhu
3. Kena minum banyak air. Makan ubatan herba ni memang kena minum banyak air. Air putih bukan coke, teh, milo atau sebagainya. Kalau kurang minum air kita takut kesan herba ni akan rosakkan buah pinggang, hati dan ginjal. Kita makan herba nak sihat bukan nak sakit. Huhuhu.. paham kan..
CARA KEDUA
1. Ambik 3 bijik putih tu dipatah patahkan atau dihancurkan lalu dimasukkan ke dalam secawan air panas, ditutup dan dibiarkan beberapa minit.
2. Setelah sejuk sikit agak suam-suam kuku tu bleh la buat minum.
       Itulah caranya yang Tok Wan selalu amalkan untuk makan buah tunjuk langit ni. Mungkin orang lain ada cara lebih baguih... Tok Wan ni biasa biasa ja... orang gila jangan percaya sangat. Huhuhu...
      Oklah, cukuplah buat kali ni.. nanti Tok Wan free Tok Wan tulis lagi... banyak benda yang Tok Wan nak kongsi dan Tok Wan harap apa yang Tok Wan kongsikan jadi ilmu yang bermanfaat buat hangpa... moga moga dapat la saham sket buat Tok Wan kat Alam Sana nanti.
Aamiin.
Assalamualaikum wbt.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Merantau : Tok Wan & Teater

loading...