loading...

Salasilah

          Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat semua pembaca blog Tok Wan Gila yang Tok Wan kasihi. Tok Wan doakan supaya hangpa semua sihat dan gembira selalu. Harap-harap tak jadi gila macam Tok Wan sudah la no.... huhuhu...

         Arini Tok Wan nak bukak cerita bab Salasilah. Hangpa tau dak apa tu salasilah? Salasilah ( سلسيله ) berasal dari perkataan arab bermaksud daftar keturunan keluarga mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua. Selain itu Salasilah juga boleh definasikan sebagai asal keturunan, susur-galur, asal usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah atau sejarah.

        Pada pandangan Tok Wan Salasilah ni terbahagi kepada dua. Pertama adalah Salasilah Keilmuan dan yang kedua adalah Salasilah keturunan. Ni pandangan Tok Wan la.. Orang lain Tok Wan tak tau la.. terpulang pada pendapat masing-masing. Kalau keilmuan popularnya orang panggil Sanad, tetapi keturunan pula orang panggil titisan darah. ha.. hangpa paham dak apa Tok Wan cerita ni.

              Tok Wan ni keturunan MALA'U ataupun melayu.. walaupun dalam badan Tok Wan ni banyak darah dari pelbagai suku.. macam rojak buah.. Tapi sebab didefinasikan sebagai Melayu oleh Syeikh Abdullah Al Qumairi Al Yamani, maka Tok Wan pun jadi melayu. Hangpa tau dak maksud melayu tu.. ha.. Budak-budak wechet zaman sekarang ni mana tau apa. Depa tau Smartphone ja.. huhuhu. Takpa.. Nanti Tok Wan buat post pasai melayu ja.. bagi hangpa paham.

              Tok Wan sebenaqnya mewarisi titisan-titisan darah dari Suku Kedah, Minang, Acheh, Arab, Perak, Bugis dan Patani. Tu yang Tok Wan cakap Tok Wan ni rojak buah. huhuhu.. Macam-macam susur galur mengalir dalam badan Tok Wan. Disebabkan Tok Wan beragama Islam, bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu, maka Tok Wan pun jadi melayu.

          Ha.. Nak mula kot mana taktau.. huhuhu.. penin dah.. baik.. Tok Wan mula dari Arwah Ayah Tok Tok Wan dulu.

DARAH AYAH

           Kan sebelom ni Tok Wan dok cerita kat hangpa pasai ayah Tok Wan dok ajaq Tok Wan silat. Walaupun Tok Wan pun konpius sebenaqnya dia ajaq silat ka dia dok ajaq Tok Wan jadi tukang kebun... huhu.. Tapi ada cerita dia.. Nanti Tok Wan cerita.

           Tok Wan cerita takat Tok Wan  igat ja la na... ikut yang mana diberitau oleh arwah ayah Tok Wan.. Nama dia dalam ic dengan nama betui dia lain tau. Salasilahnya adalah Arshad bin Latif Bin Muhammad bin Nuh bin Mahamud. Apa yang dibagitau, ayah Tok Wan ni berketurunan Kedah, Perak dan  Minang. Pekerjaan depa biasa  la kot, rakyat  marhaen  ja. Tapi  kebanyakkan depa merupakan perawat ataupun tok moh kot dalam bahasa kampung.. huhuhu.. Tapi ada yang kata pahlawan.. Tok Wan dengaq ja la.. Tok Wan pun tak lahir lagi zaman tu.. Ayah Tok Wan pun sama.. crita  ni dari mulut ke mulut ja..

          Ikut kata mak, arwah ayah ni memang penah ajaq gelanggang. Dia pun penah masuk pertandingan bina badan kat peneng masa dia muda. Kederat dia memang kuat la.. Depan mata Tok Wan sendiri penah tengok dia angkat tiang batu sepemeluk sorang-sorang ja. Tapi kalau ikut kata paksu, adik dia la. Dia penah angkat lembu sekoq letak atas bahu kendong sorang-sorang ja. Terkejut Tok Wan. Paksu crita pun masa arwah dah takdak dah. Depa ni nakai masa kecik-kecik. 3 beradik depa, Paksu, arwah ayah dengan pak jang (abang depa) sangup pi kalih patung hindu kat kuil pastu pakaikan spek mata dengan kopiah kat patung tu. Apalagi, tok sami tu mai repot kat Tok Latip. Hingaq la orang tua tu.. huhuhu...

           Tok Latip ni macam bomoh  la kat kampung tu, tapi bukan orang kaya. Jadi orang kampung hormat la jugak. Masa Tok Wan kecik-kecik penah jugak tengok orang mai berubat kat umah. Kalau sakit demam ada la orang mai jumpa minta ubat. Rumah depa jauh ke dalam, klinik mana ada, kalau ada pun jauh kat pekan nu. Kalau tak jumpa  Tok Latip depa mesti mai jumpa Tok Yam bini dia. Tok pompuan Tok Wan, mak kepada ayah Tok Wan. Laki bini  perawat.

          Tok Yam ni lebih orang kenai macam bidan la kat kampung depa. Adik Tok Wan yang nombor tiga tu dia la yang sambut. Tapi kalau sakit-sakit lain pun dia boleh jugak merawat. Salasilah dia Tok Wan tak igat sangat, yang Tok Wan tau Yam bin Idris ja.. tapi mak cerita dia ni cucu datuk harimau. Mak kata Tok Wan pun sama.. adui.. huhuhu.. ni cerita tok nenek dulu la...

           Tok Yam penah cerita la dulu tok pada tok pada tok entah berapa banyak tok tah. Penah pesan sebelum dia meninggal, bila dia meninggal nanti jangan bagi kucing masuk rumah. Pastu selang beberapa hari dia pun meninggal, ramai la orang mai rumah. Tiba-tiba sekoq kucing hitam dok main atas alang rumah tu melintas atas dia. Dia mangkit tiba-tiba terus lompat atas alang rumah tu terus tangkap kucing tu, dikekahnya sampai putus dua. Terkejut orang yang tengok. Ada yang lari, ada yang pengsan, keras kat situ pun ada. Kemudian pelan-pelan tumbuh bulu kat badan dia berbelang. Kemudian dia pesan andai ada sebarang kesusahan cari dia di Gunung Semangol.. ke gunung pa ntah.. lepas dah jadi ghimau tu dia pun keluar dari rumah.. pi mana pun Tok Wan taktau la.

            Cerita mistik ni macam-macam la kalau belah arwah ayah Tok Wan ni. Maklum la dua dua perawat. Ada hantu raya gegar rumah la, orang nak sudi la, turun tok nenek la, penangai bawah rumah la  dan macam-macam lagi la.. kalau ada masa nanti Tok Wan cerita kat hangpa. Tu la cerita salasilah belah arwah ayah Tok Wan.

DARAH MAK

           Kalau hangpa nak tau, Tok Wan ni cucu manja Tok belah mak. Dari kecik lagi dia dok bela. Sebelum ni pun Tok Wan penah dok cerita rasanya pasai dia. Dia merupakan seorang yang bangga dengan jatidiri melayu. Berasal dari Kerabat Diraja Patani. Nama dia Che Fatimah binti Saat.

           Tok Wan penah jugak tanya Patani tu melayu ka tok? Dia kata melayu la. Dia pun cerita la yang dulu Benua Siam kena belot dengan puak Suku Tai.. Asal pembesaq ja dah bagi tanah bagi kawasan merintah. Rupa-rupanya depa kumpul orang dok belot Maharaja. Hangpa jangan silap no.. Siam dengan Tai tu beza tau dak. Hat mata sepet tu tai, hat mata bulat tu siam. Siam ni banyak muslim, Tai ni banyak buddha.

          Maharaja Benua Siam masa tu muslim. Patani ni sebahagian dari benua siam la digelar Patani Darussalam. Masa patani diserang oleh puak suku tai ni. Depa lawan habis.. berundoq jugakla. Tapi ntah berapa kali asik kena serang jugak lama-lama Patani ni tewas. Golongan kerabat ni berpakat suruh puteri-puteri ni dibawak lari ke selatan. Adalah hulubalang-hulubalang diraja ditugaskan. Tinggal yang lelaki ja bersedia untuk syahid dalam peperangan.

          Tok cerita lagi hat puteri-puteri ni lari dan berpecah la bagi susah orang cari. Ada yang turun belah kelantan, ada yang pi belah perak dengan kedah. Naik bukit turun bukit, naik bukit turun bukit jugak la. Bukan sehari dua, tapi berbulan ada yang bertahun. Sampai di perak kawasan mana ntah depa berkampung.

          Yang keturunan Tok Timah ni berkahwin dengan pahlawan bugis katanya, nama apa taktau la. Beranak pinak sampai la ke Tok Timah. Depa buka tanah kat Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah sempadan dengan Parit Buntaq, Perak dan menetap la kaum kerabat depa kat sana. Tempat permakaman depa pun lain atas bukit. Mungkin nak bersama keluarga.

            Dengan Tok Timah banyak jugak la Tok Wan dengaq cerita-cerita dongeng. Bawang putih bawang merah, merong mahawangsa, garuda, batu belah batu bertangkup, bang sibaguk dan macam-macam lagi la. Tok Timah jugak penah cerita pasai tok nenek dia orang panggil Lebai Masjid Hijau. Orangnya muhsin, baik tutur kata dia, bila dia meninggal orang ramai la mai. Tiba masa orang nak bagi mandi tu depa tengok mayat Tok Lebai ni hilang... padahal orang tengah ramai ni. Jadi sebagai penyelesaian dia, depa gantikan dengan batang pisang untuk dikapankan, solat ghaib dengan pi tanam kat kuboq. Pelik tapi benar. Banyak la cerita lagi. Zaman Jepun la, komunis la. Nanti Tok Wan cerita lagi kalau ada masa.

           Ha.. Ni nak cerita pasai ayah kepada mak Tok Wan pulak. Nama dia Haji Hassan atau pun Hassan Parang. Kalau orang sebut pasai Hassan Parang kat Kampung Parit Nibong dulu orang kenai la. Tapi dia bukan gengster.. cuma memang selalu dia selalu bawak parang atau golok selit kat ikat pinggang dia. keterampilan dia pon sempoi. Bersongkok, berbaju pagoda kat dalam, kat luar baju kemeja, seluar slack dgn kain pelikat buat sampin pastu pakai tali pinggang aji yang kaler ijau tu. huhuhu.. kalau dia pakai macam tu.. Tok Wan mesti nak menorek punya, sebab dia nak pi berjalan. huhuhu

           Dia pernah bawak Tok Wan pi Titi Serong makan derian.. huhuhu.. Dia ni cengil tapi baik hati, hobi dia tanam pokok buah-buahan. Banyak pokok dia tanam, ada moktan, derian, langsat, mangis, ciku dan macam-macam lagi. Kalau musim buah rajin la peraih cari dia. Dia selalu beli ais cream kat Tok Wan. Kalau kawan dia mai, Tok Li Capek. Tok Wan mesti kena potong rambut punya.. Sebab tu Tok Wan comey masa kecik... Sebab Tok Hassan ni jenis jaga keterampilan. Lagi satu style dia rokok daun tembakau cap semut atau cerut cap teko mesti kat mulut.. Sama macam Tok Wan la ni.. Like Grandpa like grandson... huhuhu..

          Nama penuh dia Haji Hassan bin Lebai Hashim bin Lebai Salleh Bin Tengku Mahamud. Pak dia Lebai Hashim ni merupakan guru agama kat belah Bandar Baharu, penah buka kampung kat sana. Nama Kampung Parit Lebai Hashim tu asal dari nama dia la. Penah juga jadi Imam kat surau dengan masjid kat sana. Merawat orang pun pandai jugak.
        
               Kalau diikutkan cerita Tok Hashim ni asal dari Yan, Kedah. Dia cucu kepada Tengku Mahamud belah pak, tok belah mak dia nama Syed Osman. Jadi keturunan dia ni ada campoq darah Tengku dengan darah Syed la. Kisah dia, pak dia Tok Salleh ni mengaji Pondok bergurukan Syed Osman ni. Nak dijadikan jodoh dengan izin Allah, Tok Guru dia Syed Osman ni berkenan dengan Tok Salleh. Jadi Dia pun nikahkanlah anak dia dengan Tok Salleh. Lagipun Tengku Mahamud ni kawan dengan Syed Osman ni. Lagi mudah reja la orang kedah kata.
             
         Tok Hassan penah bagitau la.. Yang dia dengan Tok Latip ayah kepada ayah Tok Wan yang depa ni dua pupu. Mak dengan ayah Tok Wan ni sebenaq dia kawen sedara, depa ni tiga pupu. ha.. hangpa nampak dak jalan cerita dia. huhuhu..

            Cerita dia sebenaq Pawang Nuh dengan Lebai Salleh ni adik beradik. Depa anak kepada Tengku Mahamud. Tok Hashim dengan Tok Muhammad tu sepupu, Tok Hassan dengan Tok Latif tu dua pupu. Mak dengan ayah Tok Wan ni tiga pupu. Ha.. tu la cerita dia.
           
                Menurut cerita mak Tok Wan, Tengku Mahamud ni Kerabat Raja dari Acheh dan dia berkahwin orang sini. Kat sana depa dok perang dengan Belanda. Tok Wan taktau betul ka dak.. tapi Paksu adik mak Tok Wan pun cakap macam tu. Betui la kot.. ha.. Mesti hangpa dok pikiaq.. Kalau anak raja awat keturunan Tok Wan tak pakai Tengku. Tok Wan pun tak pakai tengku... betui dak... huhuhu.. kata ayah Tok Wan. Apa ada pada nama.. huhuhu.. lagipun hangpa penah dengaq Perang Bisik??? Ha... Perang Sukhotai dengan Kedah, Perak, Patani, Kelantan. Kalau yang ada nama tengku-tengku ni mesti selamat la dikebumikan nanti. huhuhu..
 
            Tok Wan tak ralat sangat pun pasai gelaran tu... dua pupu Tok Wan pun ada yang pakai nama Megat pun dok relex ja.. takdak beza pun dengan Tok Wan. Kami main dan membesar sama-sama, takdak rasa rendah diri pun.. adik beradik, pak sedara dengan sepupu Tok Wan pun relex ja. Apa ada pada nama dan gelaran. Lagipun Tok Wan dok igat lagi pesan arwah ayah Tok Wan, "Lagi tinggi darjat seseorang itu, lagi tinggi tanggung jawab dengan ujian yang kita kena tanggung. Betui dak?"

          Setakat itulah yang Tok Wan igat salasilah dan titisan darah Tok Wan. Kalau terlupa atau tersalah tu Tok Wan minta maaf la no... Tok Wan tau.. Tok Wan bukan betui sangat pun.. nama pun gila. Betui dak? huhuhu.. Sesungguhnya salasilah ni membentuk jatidiri dan peribadi kita sebagai manusia. Bukan untuk kita riak, tapi kita sebagai melayu kena bangga dengan keturunan dan bangsa kita.. Kita ni Melayu bermaruah. Bukan pendatang atau penjenayah yang dibawak penjajah. Takkan Hilang Melayu DiDunia Selagi Berpegang Pada Agama. Insya Allah. Percayalah.. Melayu ni mulia pun sebab Agama Islam ni. Ini yang penting.. Jangan hangpa dok diperjual pulak Agama sebab habuan dunia.. Igat pesan Tok Wan.. Kalau lupa Tok Wan libas dengan tali pinggang satgi... huhuhu..

          Yang terakhir Tok Wan nak pesan kat hangpa semua. Keturunan tak dapat nak jamin kita dapat redho Allah sebab Iman tak dapat diwarisi. Mungkin dapat sikit la doa yang depa doakan untuk kita. Tapi kita pun kena doa untuk depa sama. Tok Wan rasa cukup la no Tok Wan beletiaq ni. Jumpa lagi pada post yang akan datang. Assalamualaikum wbt.
         
         

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...