loading...

Mitos Nenek Kebayan

            Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera Tok Wan ucapkan buat semua. Tok Wan selalu doakan hangpa semua sihat, ceria dan gembira selalu hendakNya. Hangpa semua sihat ka? Beberapa hari yang lepas heboh pasai cerita nenek kebayan berjalan dalam wad kat hospital kat Negeri Sembilan. Hangpa baca dak? Tapi nasib la Jabatan Kesihatan bagitau balik hat tu rupanya pesakit warga emas yang memang dirawat kat situ.. Kalau tak mesti kecoh kan. huhuhu..
         Nenek Kebayan. Hurm.. memang banyak cerita, dongeng dan mitos pasai nenek kebayan ni. Tok Wan pun pernah dengaq jugak, Tapi tak pernah jumpa la. Kawan Tok Wan dengan bini Tok Wan ja penah jumpa. huhuhu.. Harini kita buka cerita pasai nenek kebayan, okey jugak kot. Boleh berkongsi cerita. Mana tau hangpa pun ada pengalaman boleh la kongsi dengan Tok Wan. Tok Wan suka cerita-cerita mistik ni. huhuhu..
            Kisah yang pertama yang Tok Wan nak kongsi dengan hangpa pasai kawan Tok Wan. Dia ni pi bertapa, ala bukan jauh mana pun gunung ledang ja. Malam tu bulan gelap. Pot dia amik pun memang rare la. Kata dia la. Tok Wan taktau pun. Ada batu leper paras pinggang besaq jugak la. Berdepan batu tu ada macam akaq bergantung macam tu. Tok Wan dengaq pun macam seram la jugak.
           Lepas Isyak, dia redah semak belukaq panjat gunung tu. Elok sampai kat pot dia, kawan Tok Wan ni dok lepak kat depan batu tu ngadap akaq berjuntai tu. Dia bukan dok atas batu tu, tapi bawah batu tu. Batu tu dia buat tempat sandaq ja.
         Elok dah relex dah dia pun bakaq kemenyan. Lepas bakaq tu dia pun dok la zikir. Ada la kot sejam ke sejam setengah macam tu dia kata, tiba-tiba mai angin sejuk ja kat dia... badan dia pun rasa kembang-kembang ja. Tapi dia buat kering ja. Terus bertahan. Hebat kawan Tok Wan ni. Syarat dia kena berzikir dan dok kat tempat tu sampai lepas jam 12 malam. Ha...
              Tak lama lepas tu dia dengaq orang berjalan meranduk semak. Dia kata menatang apa pulak mai ni. Jangan babi dah la takpun ghimau. Dah la sorang dia kata kat Tok Wan.
            Lepas tu dari jauh dia nampak macam cahaya mai ke arah dia. Bukan terang mana pun la. Samar-samar macam tu. Dalam hati dia dok igat orang dok mai kat dia la. Dia dok pikiaq abis la kalau kena tangkap dengan ranjer pasai buat reja khurafat ni. huhuhu...
           Dari jauh dia nampak macam orang terbongkok-bongkok sambil bertongkat dok redah semak mai dekat dia. Koi lama koi dekat, jantung dok dup dap dup dap dah. Badan dok kembang-kembang dah. Jam kat tangan dah masuk dekat pukul 12 malam tengah malam dah. Dia pun makin kuat dok zikir. Makin laju dia zikir, dia nampak makin laju benda tu mai dekat dia. Nampak macam nenek tua bertongkak sambil berkain batik tutup kepala dia. Dia mula rasa seram. Perlahan-lahan dia pun berunduq la nak cabut dari tempat tu. Elok-elok kalih tiba-tiba dia nampak nenek tu ada kat belakang dia. muka mengeriput, rambut putih kembang ja bawah kain batik. Tongkat yang dia pakai macam akaq kayu tapi yang paling seram mata dia bercahaya warna hijau dok tengok ja muka kawan Tok Wan. Apa lagi, langkah seribu la kawan tu. Tak kaleh dah, semak ka, batu ka semua dia redah. Balik mengigil-gigil macam nak demam tu. Dua tiga hari jugak la jadi macam orang bodo. huhuhu.. Itu la cerita dari kawan Tok Wan. Betui ka dak ka Tok Wan tak tau, tapi hat nampak jadi macam orang bodo tu Tok Wan nampak dengan mata kepala Tok Wan sendiri.
         Kisah Yang kedua ni, kisah isteri Tok Wan sendiri. Pertama kali dia jumpa masa lepas bersalin anak no 4. Ha.. sekarang ni Tok Wan dah ada lima orang anak dah. huhuhu.. Masa tu dalam pantang la. Lepas urut dengan mak Tok Wan, malam tu dia dok relek-relek la. Tiba-tiba nampak ada sorang nenek tua dari luaq rumah masuk kot beranda rumah terkam dekat dia. Terkejut la dia, nasib mak Tok Wan dengan Tok Wan ada kat rumah. Buat ayaq sikit bagi dia minum, Alhamdulillah tenang. Kalau hangpa nak tau. Rumah Tok Wan ni Apartment tingkat 1, mai mana dia kalau dari tingkat 1. Mesti makhluk halus punya.
        Kisah yang nombor dua ni masa kat umah mak Tok Wan dekat kampung. Siang-siang hari plak tu. Cerita dia macam ni. Isteri Tok Wan nak buat susu anak, tiba-tiba dia ternampak nenek tu dok atas alang rumah. Nenek tu dok tengok dia. Terkejut dia terus dia panggil Tok Wan. Tok pun berlari la pi dapoq bila dengaq dia panggil Tok Wan. Igat ulaq ka padia ka. Lepas tu dia pun cerita la kat Tok Wan. Tok Wan tengok takdak apa pun. Dia pun kata dah hilang, tadi ada. Hurmm.. Mengikut firasat Tok Wan la, Nenek tu berkenan dengan Isteri Tok Wan kot. Dia nak berkawan, Tapi isteri Tok Wan ni lemah semangat. Tapi kalau benda tak baik Tok Wan mintak simpang malaikat 44 la. Risau gak nanti jadi apa-apa. Betui dak?
              Itu la kisahnya yang Tok Wan tau pasai Nenek Kebayan ni. Tapi dulu masa Tok Wan kecik-kecik selalu jugak dok main permainan dia. Siap ada lagu lagi.
Nenek Si Bongkok Tiga.
(Cucu)
Nenek- Nenek Si Bongkok Tiga,
Siang mengantuk Malam Berjaga,
Mencari Cucu Di Mana Ada,
Nenek Ku Kahwin Dengan Anak Raja.
(Nenek)
Cucu- cucu tak Dapat Lari,
Nenek Tua Banyak Sakti,
Sekarang Juga Nenek Mencari Ganti,
Siapa Kena Dia Yang Jadi,
        Cara main dia. Sorang yang jadi nenek tu kena ikat mata sambil pengang tongkat. Yang lain tu kalau ada lima enam orang pegang tangan masing-masing mengeliling nenek sambil menyanyi. Mula-mula cucu menyanyi sambil mengelilingi nenek, pastu nenek sambung pulak. Lepas habis nenek nyanyi si nenek akan keluarkan kata sumpahan, contoh:
"Hai Jembalang Tanah Pegang Kaki Mereka!!!"
Bila nenek cakap macam tu semua cucu tak boleh lari la. Dok kat situ ja. huhuhuh.. Banyak lagi kata sumpahan yang digunakan, ikut kreativiti nenek tu la. Contoh Yang lain:
"Hai Mambang Butakanlah Mata mereka!!"
atau 
"Hai Sang Kelembai Jadikanlah Mereka Batu!!"
Dan lain-lain. Bila nenek tu dapat tangkap salah seorang dari depa. Nenek tu kena teka la siapa yang dia tangkap. Kalau betui maka orang yang ditangkap tu pula kena jadi nenek. Macam tu la permainan dia. Seronok.
           Tapi ada la Tok Wan terbaca kat blog mana ntah. Ceritakan yang lagu Nenek Sibongkok Tiga ni sebenaqnya cerita pasal saka nenek kebayan yang mencari pewaris. Ha.. Tudia yang buat seram tu.
         Tapi orang tua dulu dulu buat lagu tu dengan permainan tu nak bagi tau kat kita pasai wujudnya nenek kebayan ni kot. Kalau kita tengok balik bait kata-kata dalam lagu dia memang mistik la kan.
Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga,
Siang Mengantuk Malam berjaga,
Maksudnya:
Sesiapa yang terkena Gangguan Saka Nenek ini, mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang, sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam.
Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dgn Anak Raja.
Maksudnya:
Siapa terkena Gangguan ini, memilih pasangan hidupnya amat sukar. Raja yang dimaksudkan ialah kemahuannya sukar hendak dituruti, terutama pada pasangan yang berkahwin. Anak raja juga merujuk kepada ‘Jin’. Kahwin disini merujuk kepada ‘perjanjian’ antara nenek dengan jin.
Cucu tak dapat lari, Nenek Tua banyak Sakti.
Maksudnya:
Saka Nenek Kebayan ini penuh dengan muslihat. Maksud cucu nenek tidak akan terlepas. Mereka yang berdampingan dengan jin memiliki beberapa kelebihan.
Sekarang Juga Nenek Mencari Siapa Kena Dia Yang Jadi..
Maksudnya..
Siapa yang menjadi pilihan nenek, dia lah yang akan jadi pewaris saka tersebut. Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunan nya. Siapa yang paling lemah semangat dia la yang kena. Dia sentiasa mencari keturunan nya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping.
         Tu dia maksud yang Tok Wan dapat dari Prof Google. Betui atau tak. Tok Wan taktau la. Tapi depa cakap kalau kena gangguan nenek ni ada la siptom-siptom dia la antaranya : kerap sakit belakang, belikat, kerap sakit kepala, selalu kembung perut, Rambut banyak gugur, kitaran haid tak normal, sukar dapatkan zuriat, Panas dengan pasangan, kerap mimpi baby, menyusukan baby, bermain dengan baby, kerap mimpi nenek tua dan kerap nampak kelibat Nenek tua. Wallahu aqlam. 
           Tapi banyak yang Tok Wan baca cerita semua yang buruk-buruk pasai nenek kebayan ni. Betui ka... Tok Wan penah la tanya sorang nenek ni, kira pangkat Tok Tok la jugak dia ni, reja dia bidan. Umuq 70 dah kot tapi la ni dah takdak dah. Dia kata bukan semua Nenek Kebayan ni macam tu, suka colek budak, jadi saka, sorok budak. Ada yang baik dia kata, macam manusia. Ada Jahat ada Baik. Tak boleh pukul rata dan tak boleh nak hukum sama ja.
            Ni ikut cerita dia la, dulu masa dia muda-muda dulu baru menikah. Duduk jauh dalam utan tu, mengandung anak pertama baru 7 bulan kot. Laki dia reja mana ntah hari tu. Masa dia nak mandi kat telaga tiba-tiba pecah ketuban. Sakit sat tu jugak. Mana sempat nak cari bidan. Dulu kalau ikut perancangan dia dekat lapan bulan baru laki dia nak hantaq dia balik bersalin umah mak dia. Tapi memang ditakdirkan dia terberanak awal.
           Dalam dok sakit tu dia pelan-pelan jalan pi tangga rumah dia, sambil dok teriak la. Dok kenang nasib apa nak jadi. Tiba-tiba dengaq ada suara orang tua bagi salam. Dia terkejut kalih tengok ada nenek tua bertongkat. Antara nak jawab salam dengan dak sama banyak ja. Nenek tu tanya hang nak beranak ka? Dah pecah ketuban tu. Dia pun sebenaqnya tak tau sangat sebab anak pertama. Dia angguk ja la.
             Nenek tu pun bawak dia naik atas rumah. Nenek tu siap pi masak ayaq la, bawak keluaq kain batik la macam-macam la. Sampai tolong la bidankan dia. Alhamdulillah, selamat la dia melahirkan anak sulong. Segala uri, dengan perkakas pantang, siap masak nasik lagi bagi makan dengan lada hitam dan ikan kering. Semua nenek tu yang uruskan. Lepas tu nenek tu kata nak dia balik sat.
            Malam tu laki dia balik terkejut tengok bini dia dah beranak. Hepi pun ada heran pun ada.Bini dia pun cerita la apa benda yang dah jadi. Laki dok pikiaq jugak, mana ada orang duduk dekat dengan rumah depa. Malam tu jugak dia kemas kain baju nak bawak bini dia balik kampung. Elok sampai kat laman ja teruih kena teguq dengan nenek tu. Terkejut laki dia. Nenek tu kata kalau nak bawak bini dia pijak tanah pun tunggu lepas abis pantang 44 hari. Aku boleh jaga dia waktu ni, lepas pada tu ke mana hang nak bawak ikut hang la, kata nenek tu. Laki dia macam ketaq pun ada, malam-malam nampak orang macam tu. Bini dia cakap nenek tu la yang dok tolong dia beranak tadi. 
         Nenek tu bagi akaq kayu kat laki dia suruh rebuih bagi bini dia minum. Batu sungai dengan daun mangkudu ka daun apa ntah Tok Wan pun lupa dia cakap apa, untuk bertungku. Nenek tu cakap kalau bini dia langgaq pantaq takut turun darah boleh bawak maut, kalau selamat pun takut bentan, gila merian ataupun tak boleh beranak dah. Bila laki dia dengaq macam tu suami dia pun setuju la. Tapi dekat seminggu jugak la laki dia tak pi reja. huhuhu.. Sapa yang tak sayang bini. 
           Dalam tempoh dok jaga tu la. Laki dia dok ikut nenek tu cari akaq kayu, belajaq buat ubat dengan urut. Nenek tu jarang sembang. Tapi bila cari akaq kayu ka, ubat ka, time urut ka nenek tu cerita la cara buat, cara kenai, cara urut. Macam-macam la depa belajaq. Si laki dia ni penah jugak kena teguq dengan nenek ni sebab tak semayang. Nenek tu kata, macam mana Allah nak jaga kita kalau kita tak jaga hubungan kita dengan dia, tu dia kena setempek.
           Tapi lepas abis pantang tu, nenek tu dah tak mai dah. Penah jugak laki dia pi cari kot kot dalam hutan tu kalau jumpa. Tapi dah tak jumpa dah. Laki dia pun tak reja ikut orang dah, depa dok cari akaq kayu buat makjun, jual takpun dok ngurut orang ja. Anak dah 5 orang semua besaq dah, dah tua bangka dah bercucu dah. Tapi sorang pun tak mau belajaq bab ngurut dengan buat ubat. Tapi si nenek kebayan tu sampai la dia dah tak jumpa. Itu la cerita yang Tok Wan dengaq.
            Tapi cerita Nenek Kebayan ni memang popular la. Dalam cerita puteri gunung ledang pun ada dia, dalam hikayat inderaputra pun ada, cerita-cerita rakyat pun ada. Penah Tok Wan tengok youtube yang pasai nenek kebayan jalan kat tepi sungai tu. Orang dok mandi manda, mak dia dok amik video tak sengaja terkejut sampai pengsan. Seram oooo....
        Macam-macam la kisah kita boleh jumpa. Kesimpulan dia pada pandangan Tok Wan la, kita ni hidup berkongsi dunia. Masing-masing ada tugas masing-masing. Jadi jangan la kita menghukum, 
"Sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia itu hanyalah untuk beribadat kepadaku."
           Cukup la buat kali ini Tok Wan rasa, kalau nak tulis siap jadi novel satgi. huhuhu.. jumpa lagi di post yang akan datang. 
Assalamualaikum wbt.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...