loading...

Merantau : Tok Wan & Silat 2

        Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Tok Wan Gila. Walaupun tak ramai baca pun takpa. Alhamdulillah. Tok Wan tulis blog pun sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang, macam tulis diari la jugak. Kisah hidup Tok Wan, walaupun tak sehebat kehidupan orang lain tapi Tok Wan bersyukur. Hidup kita ni, pengalaman jatuh bangun sebenaqnya itu yang membentuk jati diri kita. Betui dak?

        Seperti yang Tok Wan cakap dulu, harini Tok Wan nak sambung balik kisah Tok Wan & Silat. Dalam episod dulu Tok Wan pun sebenaqnya pun konpius jugak, ayah Tok Wan ni sebenaqnya nak ajaq Tok Wan jadi pesilat ka jadi tukang kebun. huhuhu..  Penin, suruh ajaq silat last-last tanam sayur. huhuhu

           Masa umur Tok Wan sebelas ke dua belas tahun macam tu tok timah suruh ayah Tok Wan buat rumah kat tanah kebun yang tanam sayur aritu. Abisla kebun Tok Wan. Lori satu tan mai hantaq tanah merah, ayah Tok Wan suruh Tok Wan angkat tanah merah tu guna reta sorong pi tambak kat tanah kebun tu. Dia kata nak buat tapak rumah, maka tamatlah riwayat kebun Tok Wan. Tapi Tok Wan ni pun malas jugak, kebun punah, silat pun tak dapat belajaq, buat pun macam terpaksa ja. huhuhu.. ada kot 10 ke 20 trip ja kot. seminggu baru abis... huhuhu

         Kalau ayah Tok Wan takdak Tok Wan cabut pi mengail ikan. Kalau tak mengail kat parit bendang, Tok Wan mesti sampai ke sungai kerian kat belakang rumah. Kalau dapat tau kat Tok atau ayah mesti kena beletiaq tak pun kena tibai dengan tali pinggang. huhuhu.. Tapi selalu kena ketuk ketampi jela lani. Kalau hangpa nak tau sebab pa tak boleh pi sungai, sebabnya sungai kerian tu memang ada buaya. huhuhu.. Tapi tambun tanah tetap Tok Wan buat jugak, lepas dah abis selori tu Tok Wan kena ratakan tanah tu.. Bagi elok la.

         Macam biasa, kalau ayah takdak, Tok Wan konpem ngular punya. Pi main tak pun pi mengail. huhuhu.. Kisah mengail ni penah satu hari tu kat jeti. Tok Wan pijak ja sampan tu tiba-tiba laju ja benda apa ntah menderus lari dari bawah sampan tu. Huish besaq jugak. Buih-buih gelembung pun besaq tapak tangan tu. Dalam hati Tok Wan dok pikiaq konpem buaya la tu. Dekat sangat. Terus tak jadi mengail haritu, balik teruih.

           Dulu, sebelum kejadian tu. Tok Wan dengan selamber ja turun sungai tahan pukat. Takdak pun benda tu kacau. Bila jadi macam tu dok pikiaq jugak la. Nasib tak arwah. Tahan pukat ni best jugak, banyak ikan dapat. Lampam, Terubui, baung banyak jugak. Kalau masa ayaq pasang, ikan bulan pun banyak. Kalau ikan parit selalu dapat keli, haruan, sepat dengan puyu ja.

           Ikan haruan ni sedap buat sup sebab buat ubat. Kalau keli dengan baung ni sedap bakaq cicah ayaq asam. Tapi kalau lampan, terubui, sepat dengan puyu ni kami dok buat perkasam ja. Kalau takdak lauk baru kami goreng garing sedap makan nasik panas-panas. Tapi antara mengail dengan pukat best lagi mengail. Feel dia lain. Kalau pakai mata kail kecik, mesin 15 henggit dengan batu ladung tu silap silap lima enam ekoq udang galah Tok Wan bawak balik. Sedap woo...

         Ada masa haritu, lepas tambun tanah ayah Tok Wan ajak Tok Wan ikut dia pi mengail. Tak penah pun dia ajak, tapi kali tu lain sikit. Tok Wan pun ikut ja. Bawak la bot kail 15 henggit tu skali, ayah Tok Wan banyak kail udang dia, ada kot 5 ke 6 set. Naik la moto suzuki rc dia tu. Sampai ke jeti kami naik sampan. Ayah Tok Wan bawak pi ke hulu sikit.

           Bila dah sampai tu kami dok pasang la kail masing-masing, tahan udang. Lepas tu ayah Tok Wan bagi tin susu cap teko kat Tok Wan. Kat tin susu tu dah balut dengan tali tangsi dah. Dia suruh pasang kail udang, pin dengan ladung. Tok Wan tanya pasai apa, dia kata ni nak ajaq mengail udang cara tradisional. Tok Wan pun ikut ja. Abis pasang tu, dia suruh lepas dekat perahu tu. Bila sampai ke dasar dia suruh Tok Wan lilit tali tu dua kali kat jari.

           Kami pun tunggu ja la. Kadang-kadang nampak anak ikan dok main dekat perahu tu. Tok Wan dok main kacau depa. Tapi ayah Tok Wan marah, dia kata tu anak ikan toman, kalau ada mak dia silap-silap putus jari kena kekah. Dalam sungai tu bukan takat buaya dengan ikan toman, ikan tapah pun ada. Ikan pirana ja tak dak. huhuhu.. ayah kata ikan kelisa pun ada. huhuhu

          Memancing cara tradisional ni rasa pelik sikit bagi Tok Wan. Guna tin dan jari ja. Bila udang makan je, kita akan terasa dekat jari kita. Kena sentak sikit tali tu, kalau lekat baru boleh kampoi balik tali tu. Hangpa tau dak kampoi tu padia.. huhuhu.. kampoi tu pintal atau gulung balik tali tu kat tin. Kalau dapat ikan mesti lagi ligat Tok Wan kampoi balik. Sebab ikan ni kalau sangkut susah cabut. Kalau udang senang tanggal. Tapi kalau ikan besaq mau putus jari tu. huhuhu.. Tapi sebab pakai ladung dengan mata kail kecik, kalau tak dapat udang mesti ikan baung punya.. sebab depa main bawah.. Kalau ayaq laju kena main kat tepi ja la... ayaq jernih senang la dapat udang. Kalau ayaq keruh takyah la pi mengail, buang karan ja. Lebih baik pi mengail belut. huhuhu..

         Sebut pasai mengail belut, hangpa tau dak cara mengail belut ni... ha.. mesti taktau kan? Yang ni pun tradisional jugak tak pakai bot kail.. Cara dia senang ja.. mula mula peralatan kena ada kayu sejengkai, tali tangsi pun lebih kurang sejengkai-sejengkai setengah, mata kail ruan. Umpan pakai isi ikan, takpun katak, takpun anak ikan sepat atau puyu.

          Hangpa mesti dok tanya punya, macam mana nak mengail kalau kail panjang sejengkal. Betui dak? huhuhu.. Ni bukan nak mengail kat laut dol.. ni nak mengail belut. Belut ni dok dalam lubang, bukan dalam laut, sungai ka, parit ka. Belut tau.. bukan ikan.. bukan ulaq. BELUT.

            Cara nak mengail belut ni senang ja. Mula-mula kena pi cari pot belut tu dulu. Belut ni dok dalam lubang, dekat dengan parit atau sungai. Lubang dia tak besaq mana pun, abis sangat besaq 2-3 jari ja. Sampai kat lubang dia hangpa kocak air dia guna kayu, lepas tu umpan dia guna isi ikan yg sangkut kail tu kat lubang. Elok dia sambaq ja teruih ja sentak.. Senang... huhuhu..

           Aih ni cerita pasai mengail ka pasal silat ni.. huhuhu.. silap tajuk apa. huhuhu... Kita sambung balik.

          Ada la kot 20 lori dok tambah tanah tu,  campur batu nak bg kejab.. lemau jugakla Tok Wan. Sampai tangan pun naik urat. Tapi bukan buat reja satu hari, Tok Wan bukan reja kontrak.. Tok Wan ni Student hangpa tau dak.. student SKBB. huhuhu.. Ada la dekat 5 bulan punya reja. Lambat sebab Tok Wan banyak main.

            Setelah dah kejab dan rata, baru ayah Tok Wan buat tapak ibu rumah. Dia ukuq 4 segi, lepas tu dia korek lubang, tanam botoi. Dia kata untuk bagi keseimbangan. Lagi satu kalau ada emas lagi baguih.. boh kat tapak tiang seri. Tapi tu tradisional la. Rumah moden ni tiang seri pun taktau kat mana dah. huhuhu.. Emas tu untuk tarik rezeki dia kata.

          Lepas dah tanam botoi, naik tiang 4 penjuru. Pastu baru bancuh simen ikat bata. Reja Tok Wan ni, pi angkat simen, pasiaq dengan ayaq la. Ayah yang bancuh. Tok Wan tengok ja. Susun bata pun sama juga, reja Tok Wan la tu. Ada waktu dia susun bata dalam rumah tu  ada kot dalam tiga belas bijik. Dia suruh Tok Wan main jalan-jalan atas tu, sambil dia dok ikat bata. Dia tak bagi Tok Wan ikat takut senget. Kalau pasiaq, simen, ayaq habis, Tok Wan tau la reja Tok Wan. Lepas tu dia suruh Tok Wan main atas bata tu balik. Itu la reja Tok Wan, sambil dok main, teman dia buat reja, angkat bata, angkat ayaq, angkat pasiaq, angkat simen. Kadang-kadang dok dengaq dia beletiaq ja la. Ada la dekat seminggu siap la dinding rumah, tempat masuk dengan keluaq.

             Kalau hangpa nak tau, kami ni bukan orang senang. Nak buat ibu rumah tu pun amik masa jugak la sebab nak beli barang mahal. Tapi time buat reja tu ayah cepat la, sebab dia pun dok buat rumah orang jugak. Experiences. Masa umoq Tok Wan 12 tahun macam tu la dia ajak Tok Wan main bata 13 bijik tu. Dia suruh Tok Wan ikut langkah dia. Permainan tu kalau tak silap Tok Wan nama dia "Cerminan". Tok Wan ikut la langkah dia. Dia dok depan Tok Wan. Dia keluaq kanan Tok Wan ikut, kalau kiri pun Tok Wan ikut, dah rasa macam kawad plak dah. huhuhu.. ada la kot seminggu.

           Lepas seminggu tu, dia ajaq main Langkah Empat Mata Angin pulak. 3-4 kali dia tunjuk. Utara pi selatan, timur pi barat, utara pi selatan, timur pi barat. Dok ulang hat tu ja la. Tapi guna empat bijik bata ja. Lepas tu dia suruh langkah pusing pulak. Kalau dia balik reja hat tu dia suruh ulang, dalam ibu rumah tu. Adik-adik tak tau, depa pun sibuk pi main dengan kawan-kawan. Tok Wan pun nak pi main jugak. Tapi dah ayah suruh main dalam rumah tu, Tok Wan ikut ja la. Ada satu hari tu Tok Wan tanya dia, bila nak ajaq along silat? Tau dia cakap apa? Ni dok ajaq la ni. Dah dua tahun dah dok ajaq, hang ja dok ngulaq. Adus.. terkena Tok Wan.

             Baru dia cerita, dulu masa dia suruh ikut dia dulu pi menebas. Dia bagi parang kat Tok Wan, tapi dia tak tebas sebab dia nak tengok Tok Wan ni orang macam mana. Kalau masa tu Tok Wan dah tebas dah memang dia tak ajaq, dia kata. Dia nak uji ja. Mengikut guru ka atau melampaui guru. Tu petua pilih murid. Dia kata la. Tapi masa tu Tok Wan tak tebas sebab tak tau nak tebas kat mana. huhuhu.. sebab tu tak tebas.

            Kalau hat lain tu, macam panjat bukit, angkat baja, kupas nyoq, kukoq nyok, tebas belukaq, cangkui tanah, buat kebun, angkat tanah, bata, simen, ayaq, pasiaq, ketuk ketampi tu sebenaqnya latihan. Untuk tambah stamina dengan kekuatan. Tak guna belajaq silat dia kata kalau takdak kederat, sebab silat perlu kederat. Belajaq teknik ja tapi takdak kederat untuk melaksana pun tak boleh. Paling penting angin dengan kederat, lepas tu baru teknik.

             Baru la Tok Wan tau sebab apa Tok Wan kena buat benda ni semua. Tok Wan ingatkan Tok Wan kena buli sebab anak sulong lelaki. huhuhu... Tok Wan penah tanya silat apa ayah nak ajaq ni. Dia kata silat ni nama dia Silat Koboi. Adus.. Tok Wan jadi penin.. macam tak best ja. huhuhu... tapi Tok Wan ikutkan jugak. Takut satg dia takmau ajaq plak satg.

            Seingat Tok Wan la silat yang ayah Tok Wan ajaq ni mudah ja. cuma ada beberapa pergerakan ja. Tapi pecahan dia banyak ikut atas individu. Sebab setiap orang tak sama, ada gemuk, ada kurus, ada tinggi, ada pendek jadi permainan dia bergantung pada orang tu sendiri. Tak silap Tok Wan la ada tiga ja kot, Makan Pukul, Makan Jatuh, Makan Kunci. Kalau gerak ada dua ja, Gerak Dalam & Gerak Luar. Yang dok main bata tiga belas dengan empat bijik tu sebenaqnya untuk melatih langkah dan gerak.

             Lagi satu dia dok pesan masa Tok Wan dok belajaq dulu la. Silat ni bukan reja nak tumbuk orang ja. Setiap yang kita buat untuk menyakitkan orang tu boleh guna, tak kisah la, luku ka, cubit ka, sekeh ka, tumbuk ka, karate ka, cucuk ka, cakaq ka, cengkam ka, tampaq ka, semua boleh pakai. Sepak terajang pun boleh. Tapi masa tu takdak pun dia ajaq sepak layang. Sebab dia kata tangan lebih laju tiga kali ganda dari kaki. Permainan kaki pun tak banyak mana, sepak pun tak lebih tinggi dari pusat. Tangan-Tangan, siku, lutut kaki. Masa tu jugak Tok Wan tau sebab apa kena mengail belut dengan mengail udang cara tradisional. Kalau hangpa mengail cara tu mesti hangpa tau sebab apa, sentak, kampoi. huhuhu

             Itu la cerita Tok Wan belajaq silat dengan arwah ayah Tok Wan. Silat Koboi. huhuhu... lawak kan nama dia. Kalau tak silap Tok Wan nama sebenaq dia Gerak Rajawali kot.. Kalau tak salah la... Tapi nama silat koboi tu yang dok lekat dalam kepala Tok Wan. huhuhu... Mesti hangpa nak tau kan Tok Wan hatam ka dak? ha.. hat tu.. To Be Continued. huhuhu....

            Pesan dia kat Tok Wan, Belajaq Silat, bukan belajaq SILAP. Silat ni hari-hari kita dok pakai. Bukan time gaduh ja. Menyangkui, menebas, menebang, buat rumah, masak, berkawan, mengaji, solat. Sebab silat ni adalah perhubungan, antara kita dengan Allah, manusia, makhluk, alam dan diri sendiri. Tu yang kena tau. Tak boleh lepa. Tok Wan igat sampai la. huhuhu...

        Tok Wan rasa cukup la takat ni ja kot. Dulu Tok Wan dok igat ayah Tok Wan dok ajaq nak jadi tukang kebun, nelayan ataupun tukang buat rumah. Rupa-rupanya, dia nak ajaq Tok Wan pasai Silat dan falsafah silat mengikut pandangan dia. Baru Tok Wan paham. Kalau hangpa nak percaya pun boleh, takmau percaya pun takpa. Tok Wan Okey ja. Baiklah jumpa lagi di post yang akan datang,  Insya Allah.

Assalamualaikum wbt.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...