loading...

Melayu Malas???

       Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog Tok Wan Gila. Tok Wan harap hangpa semua sihat la no dan sentiasa dalam rahmat dan redho Allah swt.

       Berkenaan post yang Tok Wan bawak kali ini. Mesti ramai orang akan marah ataupun maki Tok Wan. Kalau depa tak baca la. Kalau baca depa mesti akan bangga jadi orang melayu. Percayalah. Yang dok perasan dia tu keturunan omputih atau melayu murtad tu lebih baik baca artikel Tok Wan siap-siap supaya hangpa sedaq kediri dan jangan jadi barua kepada kapiaq sangat. Anti sungguh Tok Wan dengan orang yang jual agama dia sebab nakkan habuan duniawi ni.

           Harini Tok Wan nak kongsi kat hangpa satu artikel dan kajian yang dibuat oleh Profesor John N. Miksic dari Universiti Nasional Singapura. Ha.. bukan orang melayu punya kajian ni. Ni Orang luaq.. bagi kesedaq sikit kat melayu yang tak sedaq diri ni. Biaq bukak mata sikit. Hangpa ingat melayu ni leceh sangat ka. Lani bukak mata luas-luas, Baca biaq sampai hadam dalam palahotak hangpa tu. Melayu bukan malas bukan bingai macam hangpa dok pikiaq tu.

____________________________________

Kajian Pakar Sejarah Ini Berjaya Buktikan ‘Melayu Malas’ Hanyalah Mitos

              Dari dahulu lagi kita telah ‘diaduni’ dengan kata-kata ‘Melayu Malas’ sehingga kita sebati dan menerima hakikat seolah-olah bangsa Melayu itu pemalas sejak dari azali.

              Ini bukan omong kosong kerana sejak dari kecil kita telah diajar dalam silibus sejarah memperkenalkan pandangan beberapa pegawai di zaman penjajahan, Stamford Raffles, Richard Winstedt mahupun Frank Swettenham.
Malah sudah ada banyak kajian, wacana dan buku yang diterbitkan bagi menyokong atau menidakkan penyataan bekenaaan seperti wacana Mitos Melayu Malas: Penilaian Semula Pemikiran Syed Hussein Alatas dan Realiti Hari Ini atau The Myth of the Lazy Native: A Study of the Image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th.

              Terbaru, kajian yang dibuat oleh Profesor John N. Miksic dari Universiti Nasional Singapura telah memenangi anugerah Hadiah Sejarah Singapura apabila berjaya menemui 300,000 bukti arkeologi yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu.
Menurut beliau, masyarakat Melayu adalah masyarakat yang rajin dan aktif sejak 700 tahun lalu dengan tanggungjawab dan peranan yang berbeza – dari bidang pertukangan, hingga ke perdagangan dan ilmu perakaunan.

           Bahan bukti itu telah dirakamkan dalam buku ilmiah,‘Singapore – The Silk Road of the Sea, 1300-1800’,
Masyarakat Melayu Terdahulu Mahir Dalam Pelbagai Bidang
Menyingkap semula sejarah lama Singapura, mungkin ramai yang masih menggambarkannya sebagai sebuah ‘kampung nelayan’ yang mundur.
Namun, kisah Singapura bermula jauh sebelum Sir Stamford Raffles menjejakkan kaki di sini, pada tahun 1819.

          Profesor Miksic membentangkan sejarah Singapura dalam konteks perdagangan maritim jarak jauh antara tahun 1300 hingga 1800, dengan adanya bidang-bidang pekerjaan yang kurang diketahui tentang masyarakat Melayu.
“Jadi mereka membuat gerabak sendiri, mereka juga membuat barang-barang dari logam, mereka mengolah tembaga untuk membuat kail untuk tangkap ikan, mereka juga membuat barang-barang dari besi, mereka juga membawa barang-barang seperti keris dan tombak, senjata,” kongsi penyelidik itu yang mengambil hampir 10 tahun untuk menyiapkan buku ilmiah tersebut.

             Beliau turut berkongsi bahawa dapatan penting hasil galian yang dijalankan beliau bersama pasukan pengkajinya selama hampir 20 tahun di 10 lokasi yang berbeza. Serpihan ini di antara 300,000 bukti arkeologi berkenaan dengan masyarakat Melayu yang ditemui Profesor Miksic

Bukti Sejarah Pecahkan Mitos ‘Melayu Malas’

            Menurutnya lagi serpihan tembikar yang ditemuinya serta logam dan batu-bata lama menunjukkan gambaran yang penting tentang masyarakat Melayu – bahawa ia menggambarkan hasil pertukangan bangunan yang canggih ketika zaman tersebut.

          Bahkan menurut Profesor Miksic, bukti-bukti ini juga antara lain menunjukkan dengan jelas kerajinan masyarakat Melayu terdahulu, dan secara tidak langsung memecahkan mitos dan tanggapan bahawa masyarakat Melayu terdahulu malas.
“Orang Melayu memang dari dulu sudah terkenal sebagai orang awal yang membuat kota, yang mendirikan bandar menjadikan satu sistem perhitungan untuk perdagangan.
“Orang-orang Portugis pertama datang ke Brunei, mereka hairan sekali melihat sistem yang dipakai orang-orang akauntan di Brunei untuk menghitung perdagangan. Jadi mereka sudah pandai sekali orang-orang Melayu,” jelasnya.

Penting Pelajari Perintis Singapura Sebelum 200 Tahun

          Dalam memperingati 200 Tahun Singapura diasaskan tahun depan, Profesor Miksic berkata amat penting untuk mengenali sejarah Singapura seawal abad ke-14.

“Jadi ini merupakan satu kesempatan untuk kita melihat lebih dahulu lagi, bukan hanya melihat 200 tahun, tetapi melihat 200 tahun itu sebagai satu tempoh dalam sejarah Singapura.
“Orang Inggeris bukan orang yang utama yang bertempat di sini yang memainkan peranan utama, orang Melayu, Bugis, Jawa, Minangkabau dan juga orang-orang Cina yang ada di Selat Melaka orang-orang India yang sudah lama berdagang di sini,” tambahnya lagi.

Hang Tuah – Mitos Atau Bukti Sejarah Melayu?

            Menyentuh tentang individu signifikan daripada masyarakat Melayu, Profesor Miksic turut mengambil perhatian tentang teks klasik lama seperti Sulalatussalatin, atau Sejarah Melayu.

         Menurutnya beberapa bukti sejarah yang ditemuinya sebenarnya sejajar dengan apa yang dirakam di dalam teks tersebut dan teks klasik yang lainnya.

           Ditanya sama ada Hang Tuah merupakan hanya mitos Melayu atau individu sebenar, ini pendapatnya:
“Saya yakin bahawa ada seorang laksamana yang wataknya, keperibadiannya seperti
Hang Tuah yang disebut dalam sejarah Melayu kerana ada seorang laksamana yang disebutkan juga dari sumber dari Jepun dari abad-15, mahupun Portugis.
“Namanya tidak pernah disebutkan, tapi wataknya, keperibadiannya bahawa perwira yang juga pandai, dan mempunyai bakat untuk bertemu dengan orang lain, itu semunya terbukti dengan sumber-sumber lain, jadi pasti ada orang yang seperti Hang Tuah.

“Namanya tidak penting, tapi orang yang sepertinya, yang jadi laksamana, yang juga dasar kegiatannya di Singapura, tersebut dalam Sejarah Melayu juga, dan kami dapatkan banyak sekali bukti dari arkeologi bahawa ada satu pelabuhan dengan armada laut yang cukup besar di sini pada zaman Melaka.”

Sumber: Siakap Keli

____________________________________
        
         
         Ha.. Bagi Tok Wan.. Melayu Malas tu bukan setakat mitos tapi itu adalah propaganda pihak kapiaq untuk menjatuhkan martabat dan jatidiri orang melayu. Penjajahan di Nusantara lebih kurang 500 tahun oleh Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan Sukhotai sebenarnya banyak membentuk melayu masa kini.

         Kita di Brain Wash supaya ingat melayu ni orang utan, pemalas, mudah lupa, tak pandai politik,  tak bertamadun, takdak moral, takdak negara, pendatang dan lain-lain lagi. Semua ni adalah propaganda dan agenda untuk membunuh jatidiri bangsa melayu. Kalau hangpa semua masih tak kesedaq kediri lagi Tok Wan taktau la.

         Masa ni Bangsa Melayu dan Seluruh Muslim kena bersatu padu, lupakan sengketa politik bersama dan bersatu dalam Satu Syahadah. Bersedia untuk menghadapi musuh- musuh kapiaq durjana. Bukak mata luas- luas. Takkan hangpa tak nampak puak-puak kapiaq ni dok perdajai agama bangsa kita. BUTAKAH MATA HANGPA SEMUA NI? Takkan hangpa semua nak tunggu sampai jadi macam Rohingya, Ughyur, Palestin, Selatan Thai, dan lain-lain lagi.

          Post Tok Wan kali ini bukan nak ajak hangpa semua buat gila atau demontrasi atau berperang. Tok Wan cuma nak hangpa semua dan kita semua bersatu dalam satu syahadah. Tunjukkan yang kita ni masih mempunyai maruah. Tunjuk kat depa bahawa kita takkan sekali-kali gadaikan Agama, Bangsa dan Tanah Air kita semata-mata untuk kesenangan duniawi. Kita bukan pengkhinat ABaTa, Kita adalah perjuang bangsa. Buka mata kita semua tengok keliling, buka hati kita, tengok kerosakan yang telah terjadi. Jadi fikir-fikirkanlah. Tok Wan bukan nak menghasut, tapi Tok Wan nak hangpa semua sedaq kediri. Faham dak?

         Akhir kata, hangpa jangan la dok jadi pentaksub politik sangat. Duniawi ja ni. Yang salah tu tentang, bangkang, yang betui pertahankan tak kira la dari parti mana pun. Yang penting umat Islam kena bersatu. Lagi satu hangpa tak perasan ka.. Umat Islam khasnya melayu sengaja dipecah-pecahkan kepada banyak bahagian supaya kita semua berpecah belah. Pecah dan perintah supaya kita semua pi melingkup.. pi mampuih... kalau tak perasan lagi Tok Wan tak tau lau. Kepada penjilat-penjilat kapiaq dan pengkhianat ABaTa, hangpa igatlah dunia ni hanya sementara, Akhirat nanti selamanya. Kiamat dah dekat dah ni...

         Cukuplah Tok Wan merapu buat masa ni. Kita jumpa lagi dalam post yang akan datang.

Assalamualaikum wbt.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...