loading...

Amnesia

Amnesia

Ku cari paku di dalam paku,
Paku datang dari seberang,
Ku cari aku didalam aku,
Aku bersembunyi didalam terang,
Ku seru jiwa didalam jiwa,
Jiwa berkait berakar berotan,
Aku hamba bukanlah dewa,
Aku hamba ciptaan tuhan.
Dikala gelap malam,
Aku sepi dalam nanti siang,
Entah apa yang kan datang,
Dalam mencari terang.
Bukan diam ku bererti bisu,
Dalam lagunya inginku seru,
Entah apa yang ku tunggu,
Bukan nasib yang ku perlu,
Apakah.. ini semua suratan...
Inikah... Amnesia...
Madahku hibur..
Bahasa tidur..
Tidak tertulisnya..
Dalam jagaku...
Bingkisan lagu..
Bawaan rindu..
Agar tak lenanya..
Dibuai bayu...

Nukilan ni Tok Wan tulis lebih 10 tahun dah.. siap buat lagu.. igat nak rekod tapi tak berkesempatan. Takde rezki nampaknya... Bila teringat balik Tok Wan tulis.. Moga yang membacanya boleh memperhalusi maksud dalam sanubari masing-masing. Insya Allah.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Merantau : Tok Wan & Teater

loading...