loading...

Amalan Sebelum Tidur

          Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua. Tok Wan doakan hangpa semua sihat sejahtera dan gembira disamping keluarga la no.. Tok Wan sihat ja.. segar bugar dan gembira sentiasa walaupun pagi tadi terkunci kat luar... huhuhu.. nasib bawak henpon, boleh kol istri Tok Wan. Kalau tak.. taktau la apa jadi.. pecah pintu hapa Tok Wan karate.. huhuhu

         Harini Tok Wan nak kongsi sikit amalan-amalan sebelum tidur. Tadi masa terkunci tadi, Tok Wan dok google la. Jumpa sebahagian hadis dan amalan. Baguih jugak Tok Wan tengok.. Jadi Tok Wan nak kongsi dengan hangpa semua. Boleh la kita shared pahala sorang sikit. Kalau beramal dengan hadis lagi banyak pahala kita dapat.. betui dak... Kat bawah ni Tok Wan senaraikan beberapa amalan. Hangpa baca la no...

SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH - SEBELUM TIDUR

1. Berwuduk
Barra' bin Azib r.a. mengatakan bahawa Nabi w. bersabda kepadanya: "apabila engkau hendak tidur, berwuduk lebih dahulu seperti wuduk untuk solat. Sesudah itu berbaring ke kanan, dan bacalah: 
"Ya, Allah! Ku berserahkan diri ku kepada Engkau, ku serahkan segala urusanku kepada Engkau, aku berlindung diri kepada Engkau dengan pengharapan (beroleh kebaikan) dan takut (mendapat seksa); tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan, hanyalah kepada Engkau. Ya, Allah! Aku percaya dengan Kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.' Kalau kamu mati malam itu, maka kamu mati dalam Islam. Dan jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraanmu (tidak berkata-kata lagi sesudah itu)." 
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0163)

2. Solat Witir
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku (Nabi saw.) menasihatkan kepada ku tiga perkara, yang tidak akan ku tinggalkan selama hidupku. Pertama, puasa tiga hari setiap bulan. Kedua, solat Dhuha. Ketiga, tidur sesudah solat witir."
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0619, Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0688)

3. Mengibas tilam/tempat tidur
Dari Abu Hurairah r.a. kalanya Rasulullah saw. bersabda: 'Apabila seseorang kamu hendak tidur hendaklah dikibasnya tempat tidurnya lebih dahulu dengan hujung kainnya sambil menyebut nama Allah. Kerana kamu tidak tahu apa yang telah terjadi di tempat tidurmu selama kamu tinggalkan. Dan apabila hendak berbaring, maka berbaringlah ke rusuk kanan sambil membaca doa: 
Subhaallakallaahumma rabbi, bika wadha'tu janbi, wabika arf'a'uhu. in amsakta naf'si faghfirlaha, wa in ansaltaha fah-fazhha bima tahfazhu bihi 'ibadakash shaalihi
( Maha Suci Engkau wahai Allah, Tuhan ku! Dengan menyebut namaMu ku baringkan tubuhku, dan dengan menyebut namaMu aku bangun. jika Engkau hendak menahan nyawaku, ampunilah dia, dan jika Engkau lepaskan dia, lepaskanlah seperti Engkau memelihara hamba-hambaMu yang soleh )
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2336)

4. Doa Sebelum Tidur
Dari Huzaifah r.a., katanya: Nabi saw. Ketika membaringkan diri di tempat tidur malam hari. beliau letakkan tangannya di bawah pipinya, kemudian beliau berdoa: 
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
(bismikallahumma ahya wa amutu)
"Hai Tuhan ku! Dengan nama Engkau saya meninggal dan saya hidup!" 
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1734)

5. Meniup kedua telapak tangan sambil membaca surat Al Ikhlash, surat Al Falaq dan surat An Naas, masing-masing sekali. Setelah itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bagian tubuh yang dapat dijangkau.
Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. Inilah yang dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana dikatakan oleh isterinya ‘Aisyah.
Dari ‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata,
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari no. 5017).

6. Tidur berbaring pada sisi kanan, tapak tangan dibawah pipi
Hal ini berdasarkan hadits di atas. Adapun manfaatnya sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)”
(Zaadul Ma’ad, 1/321-322)

7. Amal empat perkara sebelum tidur (Tafsir Haqqi)
    i. Membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali
   ii. Membaca Sholawat kepada Nabi Muhammad S.A.W
  iii. Beristighfar untuk para muslimin
  iv. Perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat"
"Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.

Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

Kredit kepada:
Norizan bin Besar
http://manbaeil-uloom.blogspot.com/2012/09/sunnah-sunnah-rasulullah-sebelum-tidur.html?m=1
        

             Itu yang Tok Wan dapat masa terkunci kat luaq tadi. Sesungguhnya Allah tak akan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Mesti ada sebab. Kejadian tadi tu sebab dia nak bagi ilmu kat Tok Wan. Tapi nak amal atau tak bergantung pada diri masing-masing la.. ikut kita la..
       Nombor 1-5 tu hadis sohih.. tapi nombor 6 - 7 tu Tok Wan pun tak pasti, hangpa boleh semak balik la nanti no.
      Setakat inilah Tok Wan rasa. Kita Jumpa nanti dalam post yang akan datang.
Assalamualaikum wbt.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...