loading...

Rasulullah Idola Kita

               Assalamualaikum wbt kepada para muslimin dan muslimat, mukminin wal mukminat, muhsinin wal muhsinat. Sempena hari jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Tok Wan nak sembang sikit bab idol atau idola.
         La ni banyak sangat kalau kita dok tanya orang. "Sapa idola hang?". Macam-macam jawapan kita dengaq, Mahathir la, Najib la,  Haji Hadi la.. Siti Nurhaliza la.. Bill Gate la.. Donald Trumps la.. Shah Rukh Khan la.. bla.. bla.. bla.. bla.. dan macam macam lagi.. banyak idola yang depa sebut.
              Kita ni sebagai muslim, sepatutnya mengidolakan Muhammad S.A.W. Sebab apa?
Sebab Baginda memang dijadikan untuk dijadikan contoh kepada kita semua. Dari segi percakapan, cara hidup, pergaulan, kepimpinan dan macam- macam lagi. Tiada kata yang dapat yang kita gambarkan bagi membayangkan akan akhlak Idola kaum mukmin, iaitu Baginda Muhammad S.A.W.
         Baginda merupakan kekasih Allah S.W.T dan menjadi rasul junjungan bagi sekalian umat Islam di seluruh dunia. Sehinggakan Allah pernah berfirman "Barang siapa berselawat kepadamu sekali wahai Muhammad, maka Aku akan berselawat 10 kali kepadanya."
          Rasulullah  merupakan utusan Allah yang penuh dengan kemuliaannya yang tersendiri. Baginda dilantik menjadi untuk menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada seluruh umat manusia. Kerana itulah Baginda memiliki akhlak yang sangat indah lagi terpuji. Baginda sendiri pernah digelar sebagai Al-Amin bermaksud yang amanah oleh Bani Quraisy sendiri sebelum Baginda menjadi Rasul.
Menurut Imam Ghazali didalam Kitab karangannya Ihya' Ulumiddin, Beliau ada menyenaraikan akhlak-akhlak indah yang dimiliki Baginda s.a.w.
Antara 10 akhlak tersebut adalah:
1. Tangan Baginda tidak pernah menyentuh kulit perempuan yang bukan hamba, isteri atau bukan mahramnya.
2. Baginda s.a.w sangat dermawan. Baginda tidak menyimpan wang satu dinar atau dirham pun dirumahnya. Jika memiliki lebihan wang dan tidak menemukan orang yang hendak diberinya, maka baginda tidak akan membawanya masuk ke dalam rumah. Sehinggalah baginda dapat mengatur pemberian kepada sesiapa yang memerlukan.
3. Baginda tidak pernah makan hingga berlebihan,  dan hanya makan kurma serta gandum sebagai makanan asas.
4. Biasanya Nabi s.a.w akan membaiki sendiri capalnya yang rosak. Menjahit dan menampal baju jika koyak tanpa dibantu oleh isteri-isterinya. Bahkan sering membantu pekerjaan isterinya seperti memasak dan membasuh.
5. Baginda s.a.w. sentiasa memenuhi undangan tanpa mengira status sekali pun yang mangundangnya adalah seorang hamba atau fakir miskin.
6. Baginda sentiasa tersenyum. Baginda hanya akan marah demi menegakkan agama Allah dan bukan demi membela kepentingan diri sendiri.
7. Menjenguk orang yang sakit juga amalan yang biasa baginda
s.a.w lakukan, sekalipun rumah pesakit tersebut terletak jauh dari kota Madinah.
8. Baginda suka dengan bauan yang wangi dan sentiasa berwangian sekalipun berada di rumah.
9. Baginda sesekali bergurau, tidak mengatakan kecuali yang benar sahaja. Apabila tertawa Baginda mengeraskan suaranya.
10. Baginda sentiasa bersifat adil kepada isteri-isterinya, sahabat-sahabatnya waima kepada hamba-hambanya juga tanpa mengira lelaki atau wanita.
Begitu indahnya akhlak Rasulullah s.a.w yang patut kita contohi. Yang sepatutnya kita idolakan, bukannya para-para artis, para-para ahli politik atau apa-apa sahaja. Rasulullah Muhammad s.a.w adalah idola sepanjang zaman.
'Allah humma solli a'la Saidina Muhammad'.
Jumpa lagi dalam post Tok Wan yang akan datang. Assalamualaikum.

Ulasan

  1. Rasulullah SAW... manusia yang sntiasa sayang, rindu dan risaukan kita... huhu :'(

    BalasPadam

Catat Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...