loading...

Merantau : Tok Wan & Teater

          Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog Tok Wan Gila. Tok Wan harap hangpa semua sihat la no. Tok Wan sebenaqnya nak sambung balik cerita silat tapi asik dok terbayang-bayang kehidupan Tok Wan masa kat ITM dulu. Takpa, cerita silat kita sambung nanti, harini Tok Wan nak cerita pasai teater. Hangpa penah tengok teater dak? huhuhu
        
           Dulu masa Tok Wan kat ITM, Tok Wan ada join Kelab Kebudayaan Dan Kesenian. Tok Wan dok dalam biro teater. Ada banyak biro sebenarnya antaranya biro muzik, seni tari, teater, jarum emas dan macam-macam lagi la. Banyak kenangan Tok Wan kat Kelab Kebudayaan ni sebenarnya, bukan setakat teater, pentomin, sketsa malahan dalam seni muzik dan live band pun Tok Wan bedal. huhuhu..
          Dulu kalau hari merdeka ja mesti kami buat sketsa atau pentomin. Tapi banyak sketsa atau pentomin tu menceritakan pasal penjajahan jepun. Penah jugak orang tanya kenapa jepun sedangkan penjajah lain pun ada seperti Inggeris, portugis, belanda, sukhotai ataupun penjajahan minda. erm.... Betul jugak kan? Tapi depa kata still tak mengecewakan sebab cerita yang disajikan sarat dengan elemen - elemen humor dan kelakar.
            Kalau hangpa semua nak tau, Tok Wan pun penah jadi pengarah teater tau. Kisah cerita dia "Maharaja Jiwa", tapi cerita dia serius sikit. erm... Tapi bila fikir balik ada sedikit frust la. Bukan sebab apa, sebab Tok Wan tak dapat nak bagi yang terbaik buat kawan-kawan yang support dari segi pengolahan dan pengembangan jalan cerita. Kepada para pelakon, krew, supporter, para penonton, I'm so sorry.
         Jalan cerita "Maharaja Jiwa" ni sebenarnya berlatar belakang kisah zaman dahulu kala, ada raja dan pembesar. Kisah pengkhianatan, perebutan kuasa, kepercayaan, nafsu terhadap kuasa dan tahta. Terima kasih juga kepada biro seni tari yang memberikan persembahan tari yang terbaik buat kami semua. Sesungguhnya korang juga yang mewarnai suasana pada hari tersebut. Thank you so much.
          Tapi Tok Wan tak pernah menyesal join kelab kebudayaan ni sebab disinilah Tok Wan jumpa kawan-kawan yang Tok Wan boleh anggap macam saudara kat sini. Kuchai, Bear, zader, mbek, mas, tini, ayu, apis dan ramai lagi. TQ all. I love u so much.
          Tapi satu kenangan yang tak dapat Tok Wan lupakan adalah, kami dapat menyertai Festival Teater Negeri Kedah. Tahun dia Tok Wan tak igat sangat maklum la dah tua. huhuhu... Teater yang kami bawakan masa tu bertajuk "Boneka Kehidupan". Karya Mbek, pengarahnya juga Mbek. Jalan cerita dia juga menghiburkan walaupun Tok Wan demam masa dekat-dekat persembahan tu Tok Wan bagi setakat yang Tok Wan mampu. I'm sorry Mr Director. Tq for ur guidance.
           Tok Wan masih igat lagi masa tu Tok Wan diamanahkan sebagai ketua biro teater. Segala kertas kerja Tok Wan kena monitor, terima kasih banyak kepada Tuan Zabani Pit dari Hal Ehwal Pelajar, Cik Ardina Penasihat Kelab dan Pihak Bendahari yang memberikan sokongan, dana dan sponsor kepada kami. Jasa tuan-tuan semua tetap menjadi kenangan kepada kami semua.
              Tok Wan igat lagi, lepas final exam kami still lagi menetap di hostel walaupun student-student lain dah balik. Seminggu ke 2 minggu kot, Tok Wan tak igat. Kami bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik untuk Festival ni, untuk menaikan nama Universiti. Tq Ayu n gang... kalau takdak hang kami kebuloq la kat sana. hahahah...
          Pihak krew yang diketuai oleh Bear dan zader korang memang superb. Segala prop dan perkakas yang lain setel without problem. Para pelakon Tq for ur cooperation. Api (Kuchai), Angin (Tini), Malam (Tok Wan), Dot dot (Mass), Dred dan lain-lain. I miss you all. Rindu sangat aih.
           
          "Boneka Kehidupan". Cerita dia dikarya oleh Mbek (Fairuz kot kalau tak silap Tok Wan nama betui dia). Sory ya Mbek, Tok Wan dah tua.. huhuhu.. Bertemakan cerita kanak-kanak. Kisahnya watak utama ada la sorang budak ni anak tiri kepada seorang ibu dan dia ada adik tiri. Dahla cacat, bapak pula dah takdak. Biasa la, kita buat cerita stereotype sket. Mak tiri mesti cengil, adik tiri mesti manja. Jadi yang budak ni sah-sah jadi mangsa dera. huhuhu..
            Tapi... jeng.. jeng.. jeng... Bukan hat tu yang Mbek nak kisahkan. Kisah yang nak ditonjolkan adalah kisah budak ni dan alam fantasinya bersama 7 anak patungnya. 3 dari anak patungnya bagaikan white chess yang menasihati, 3 lagi yang agak jahat menghasut... huhuhu.. seorang King yang menjadi judge dikalangan depa. Menarik memang menarik. Best cerita dia.
        Mbek seorang pengarah yang berfikiran terbuka, mudah dia mengembangkan jalan cerita dan mudah dia menerima pendapat orang lain serta menyerapkan dalam cerita. We all like family that stay and work together. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar hingga ke hari pertandingan.
          Masa hari pertandingan kami p naik bas.. itm sponsor. alhamdulillah. Masa sampai kat Taman Budaya Aloq Setaq tu Tok Wan pun naik ketaq.. hahaha.. lawak ja.. Tok Wan demam 2-3 hari dah.. tapi rasa teruja dan semangat tu tetap ada.
          Masa persembahan kami jam 2 petang kot kalau tak silap Tok Wan. Tapi Tok Wan hepi jugak la. Walaupun kami tak menang, Orang taman budaya puji kami kata teater kreatif, Lighting terbaik walaupun yang jaga lighting bidan terjun.. haritu dia belajar main suis, haritu jugak dia bedal.. terbaik bro.
          Tapi satu yang buat Tok Wan teringat sampai sekarang. Api (kuchai), "Celaka kau lantai, sampai hati kau ambil separuh muka aku". Macam tu la kot dialog dia. Tok Wan macam nak pecah perut gelak. Padahal tiada dalam skrip pun. hahaha.. Lagi satu babak dia baling teady bear kat Tok Wan masa Tok Wan tengah tido.. terkejut Tok Wan.. memang takde dalam skrip.. hang memang MVP la chai. Watak hang bawak menjadi perhatian penonton dan juri.
           Hah.. begitulah kisahnya, Tok Wan dan teater... banyak jugak la kisah-kisah lain nak cerita. Penah jugak ITM sponsor kami bawak pi rombongan KL, Istana Budaya, Taman Budaya, tengok teater dan macam-macam lagi. I Love U ITM. UiTM dihatiku. Muah..
           Hah.. Lupa Tok Wan nak cerita.. sebenarnya dalam teater ni pun Tok Wan ada cipta satu lagu untuk tema cerita ni bertajuk "Fantasi Realiti". Tapi Tok Wan pun dah tak berapa igat macam mana lirik dia dah. Soundman, Tq 4 play my song & good background music. huhuhu.. Kalau ada kawan-kawan hat igat lagu tu nanti bagitau Tok Wan, nanti Tok Wan tulis balik la no.. Sampai jumpa lagi pada next post..
Assalamualaikum wbt.
        

Ulasan

  1. As Salam Tok Wan. Hg mmg gila Tok Wan. Tapi bkn gila yg tak baik, hg gila yg baik. Hang ni penuh seni nooohh .

    Sronok dgq kisah tok wan, mcm2 org jumpa. Tok wan buat pkra yg Tok Wan suka Dan kepuasan dlm hidup ini utk diari kehidupan sementara diberi masa dan izin Allah. Semoga Tok Wan berjaya dunia akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu... Alhamdulillah. Selagi bernyawa, selagi dikehendaki olehNya.. Insya Allah.. Buat ja selagi kita boleh... Kita hanya pelakon kat dunia ni.. huhuhu..

      Padam
    2. Wa'alaikumsalam. Tq 4 comments... 😊

      Padam

Catat Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...