loading...

Lagenda Robin Hood Malaya

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Tok Wan Gila. Tok harap hangpa cuti-cuti ni hepi la no... yang mana ada open house tu p la.. boleh la save budget dapoq sikit..
          Harini Tok Wan nak bukak cerita pasai Robin Hood. Tapi bukan cerita Robin Hood dalam dongeng rakyat omputih tu. Ni cerita betui dan benar benar terjadi di Tanah Melayu yang berdaulat ni. ha... terkejut kan.. Kan Tok Wan dah bagitau dah.. Hangpa igat barat tu semua best ka.. ni Tanah Melayu ni.. semuanya best.. silap-silap legend diserata dunia tu kopipes cerita kita ja.. kitab-kitab kita, buku-buku kita semua depa bawak balik negara depa. Depa kaji lepas tu dok kata melayu bodo, melayu pemalas, melayu dok atas pokok, melayu mudah lupa.. sama la macam sorang tu.. Dah.. sambung balik cerita.
              Cerita dia bermula macam ni. Di Pulau Pinang pada 18 Februari 1829 pihak Inggeris pernah secara terang-terangan mengarahkan Pesuruhjaya Polis di Seberang Perai melayan pemberontak Melayu yang menyerang kedudukan Thai di Kedah sebagai lanun.
"...any person residing there who aid or abet the ex-Sultan of Kedah in making an attack on Kedah will be treated as pirates"[1]
(maksud the ex sultan of Kedah ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, yang dibunuh Thai dalam tahun 1821 di Istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman Jitra Kedah dan penggantinya Yang di Pertuan Yang Mulia Negeri Kedah, Sultan Madzaffar Syah III)
      Dulu penjajah Inggeris tu ada buat kerja sama dgn pihak Sukhotai. Depa nak bahagikan Tanah Melayu ni kepada 2 bahagian. Pattani, Padang Besaq hingga ke Ayuthia jadi milik Sukhotai lani orang panggil Thailand. Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan jadi milik Inggeris.
          Jadi masa tu ramai la pahlawan-pahlawan melayu yang menentang. Kalau hangpa rujuk buku-buku sejarah silap-silap tak jumpa pun nama-nama depa. Antaranya, Tengku Kudin, Panglima Nayan, Awang Pho, Salleh Tui, Sulaiman Kerekau, Tok Perak, Long Jaafar dan ramai lagi. Banyak nama-nama depa ni dihilangkan dari lipatan sejarah supaya kita igat melayu ni cikai, pemalas dan tak bertamadun. Senang kata pembunuhan identiti la.
         Harini Tok Wan nak cerita pasai Robin Hood Melayu atau nama sebenar dia Nayan Bin Derani atau gelaran dia orang panggil Panglima Nayan (1890-1930). Tempat kelahiran tidak dapat dipastikan, tapi diceritakan bahawa Panglima Nayan pernah belajar silat dengan Pendekar Awang Panjang di Kampung Buluh Lima, Kota Sarang Semut, Kedah. Diceritakan juga bahawa Panglima Nayan ni merupakan murid kesayangan gurunya dan gurunya berharap Panglima Nayan akan menjadi Panglima Negara suatu hari nanti.
           Panglima Nayan merupakan seorang yang kacak, berkulit merah, tinggi lampai, berambut panjang, sering memakai kopiah baldu dan mempunyai seputung gigi yang bersalut emas di sebelah atas. Begitulah rupa parasnya Panglima Nayan.
           Alhamdulillah, dengan berkat doa gurunya Panglima Nayan menjadi panglima dibawah kelolaan Yang Mulia Tuanku Nai Long Mahmud dan Tengku Badlishah semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Beliau diantara perajurit yang keras menentang Penjajah Sukhotai dan Penjajah Inggeris sehingga beliau diwartakan sebagai Lanun dibawah Common Law British.
             Beliau sangat ditakuti oleh para penjajah sehingga para penjajah sanggup memberi imbuhan kepada siapa yang dapat membunuhnya. Tetapi beliau sangat disayangi oleh para-para marhaen kerana bantuan yang disalurkan kepada mereka.
                 Panglima Nayan adalah panglima yang digeruni oleh orang-orang di sekitar negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu pada waktu dahulu terutamanya di Negeri Kedah. Pegawai-pegawai Inggeris, orang-orang besar Sukhotai, orang-orang kaya yang memperolehi harta kekayaan melalui pemerasan kepada rakyat bawahan atau orang-orang kaya yang tidak bertimbangrasa kepada rakyat yang miskin, mengingati Panglima Nayan dengan ingatan dan igauan yang menakutkan.
             Dikatakan Panglima Nayan akan menggunakan kehandalannya dalam pertarungan untuk merampas harta-harta yang tidak bersih dan tidak halal dari orang-orang kaya lintah darat. Orang-orang yang melawan akan mendapat balasan yang dahsyat.Nyawa akan melayang!
           Harta-harta yang dirampas ini tidak menjadi milik Panglima Nayan. Dikatakan dia tidak memerlukannya. Sebaliknya beliau membahagi-bahagikannya kepada orang-orang miskin yang hidup melarat dan memerlukan bantuan. Dia sanggup menggalang-ganti nyawanya demi membela keadilan dan mengembalikan hak rakyat yang tertindas.Beliau adalah wira untuk menegakkan keadilan.Beliau sastria bagi rakyat bawahan. Dia menjadi wira orang-orang yang tertindas.
            Bila Inggeris datang mereka memperkenalkan sistem kepolisan untuk menegakkan keadilan cara Barat. Melalui undang-undang polis menyebabkan orang-orang seperti Panglima Nayan dianggap sebagai orang yang bersalah dan akan dihukum di bawah undang-undang common law Barat walaupun menjadi wira bagi rakyat jelata.
            Panglima Nayan difitnah sebagai Lanun, Pengganas dan Penagih Candu Tegar oleh musuhnya tetapi beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya dalam membela rakyat.
          Pengakhiran hayat beliau tak dapat dipastikan, ada yang kata beliau telah disembelih dan kepalanya dijadikan tatapan awam di Muzium Taiping. Ada yang mengatakan beliau telah dikhianati oleh salah seorang pengikutnya  yang khianat. Ada juga cerita mengatakan beliau telah dibunuh ketika sedang solat dan ada cerita yang lain mengatakan Beliau mati syahid di bunuh oleh kafir penjajah pada awal Disember tahun 1920 di Jeneri, dalam perjalanan semasa ke hilir sungai dengan rakit ke Jeniang akibat cedera parah di serang hendap oleh polis kafir British.
             Tapi sifat keberanian yang di tinggalkan beliau selepas kesyahidan beliau menentang kebatilan di zamannya kepada para pengikutnya itu masih lagi di geruni oleh musuh-musuhnya dan ianya patut menjadi contoh dan inspirasi kepada kita semua.
             Sebagai rakyat Kedah Tok Wan bangga sebab negeri Tok Wan pun ada Pahlawan penentang penjajah walaupun takdak tulis dalam buku teks sejarah. Walaupun sejarahnya tak didendangkan. Walaupun nasibnya seperti Si Bongkok Tanjung Puteri, tetapi sifat cintakan tanah air patutlah menjadi contoh kepada kita semua.
            Habis dah cerita.. jumpa lagi nanti untuk post yang seterusnya. Cerita pasal Panglima Nayan ni Tok Wan tak tau la betui ke tidak.. kalau ada sumber- sumber yang lebih sohih boleh la kongsi dengan Tok Wan.
Jumpa lagi. Assalamualaikum.
          
           

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...