loading...

Ilmu Pengasih Umum

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Tok Wan Gila. Tok Wan harap hangpa semua sihat la no...
       Buat masa ini Tok Wan ingin nak kongsikan satu ilmu pengasih umum atau ilmu penyeri wajah buat semua pembaca. Moga-moga ilmu yang disampaikan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua.
       Ilmu ni mudah ja, tak perlu nak posa 2-3 hari. Pengeras ka, mahar ka, dam ka, semua tak payah cuma perlu beramal sikit la no.. Pantang larang pun takdak,
Amalan dia mudah ja.
"SENYUM."
tu dia, setel dah ilmu pengasih...
        Kalau tak senyum, muka macam singa sapa la nak betui dak? Amalannya mudah. Sapa pun boleh amalkan dan takdak pantang larang.
       Yang hangpa semua dok pi cari ilmu susah-susah buat apa. Benda senang ja. SENYUM ja setel. kalau tak caya hangpa try la. Kalau jumpa orang try la senyum kat depa, konpem depa senyum balik kat hangpa. Konpem.
          Yang kedua Tok Wan nak bagi tips sikit, selain senyum. Selalu ada wudhu dan jangan putus wudhu. Insya Allah, muka kita akan nampak bercahaya dan orang mudah nak dengar cakap kita.
     Tips wudhu ni Tok Wan dapat dari abang angkat Tok Wan. Dia dok pesan kalau kita nak teguq bini ka, nasihat anak ka pastikan kita berwudhu. Orang tengok kita lembut hati sikit. Lagi satu kita pun lambat panas. Kalau asik nak baran ja, perenguih bak kata orang Kedah memang tak pi mana la.
            Tips no 3, Tok Wan nak kongsikan. Jaga tingkah laku dan jaga perangai. Perangai jangan dok hawaq sangat dan mulut jangan dok laser sangat.
   
       Dok kata kat orang nu tak betoi, orang ni tak betoi. Awat kita ni betui sangat ka? Takut kita ni lagi teruk dari orang lain ja. Tok Wan ngaku awai-awai dah, Tok Wan bukan orang baik. Dah nama dia Gila.. mana ada betui.. betui dak..
       Igat pesan Allah dalam surah Al Mulk ayat 2:
"Sesungguhnya Aku menjadikan hidup dan mati itu untuk melihat siapa dikalangan kamu yang lebih baik amalannya, sesungguhnya Aku Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun."
         La ni kita jangan dok hukum orang, kita jaga perangai kita, jaga mulut kita. Kalau orang buat terhana kat kita, kita teguq ja la elok-elok. Insya Allah orang sayang, orang jadi hormat.
        Tips no 4, banyakkan Istifar, Syahadah dan Selawat. Insya Allah, Allah sayang, Malaikat sayang dan Makhluk pun sayang. Banyakkan zikir, igat Allah. Moga-moga kita hidup ni selalu dalam RahmatNya.
       Sebut pasai zikir ni Tok Wan nak kongsikan sikit amalan. Mudah ja...
Lepas solat tak kira la solat apa pun, lepas doa. Hangpa zikir "Ya Hamid" seratus kali, lepas tu tiup kat kedua tapak tangan hangpa. Pastu terus sapu ke muka.
       Masa nak tiup tu niat la yang elok-elok. Minta orang tengok kita hormat ka, kasih ka, sayang ka. Boleh try la kalau nak pi interview reja ka, jumpa pak mertua ka.
        Kadang-kadang orang dok tanya, lepas solat ja ka boleh buat. ha? Tok Wan jawab mudah ja. Kalau ilmu yang baik buat ja waktu bila pun, atas bas ka.. sebelum start moto ka, sebelum pakai baju ka. Bila-bila masa pun boleh...
"Setiap saat, setiap nafas, setiap niat, setiap gerak mesti ada Allah."
Lima kali sehari kita dok sebut :
"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian Alam."
Betui dak? Jadi igatla kat dia jangan putus harap.
Tip no 5, last. Setiap amalan mestilah consistent bak kata orang putih, istiqomah bak kata orang arab, berterusan bak kata orang melayu. Yakinlah pada Allah. mohon kat dia insya Allah akan dimakbulkan.
Kesimpulan dia, ilmu pengasih ni mudah ja:
1. Senyum
2. Wudhu
3. Jaga Mulut Jaga Perangai
4. Igat Allah
5. Istiqomah dan yakin kepada Allah serta tawakal.
Habis dah. Tapi hangpa percaya ka apa yang Tok Wan tulis ni... Cakap orang gila bukan boleh diikut sangat. Huhuhuhu...
Pesan Tok Wan beramallah kerana Allah, bukan kerna ilmu. Takut nanti tak kemana. Jumpa Next Posting. Selamat beramal.... Assalamualaikum wbt.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

loading...