loading...

Ilmu Pemberani

           Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera kepada semua. Tok Wan doakan hangpa semua sihat dan berbahgia disamping keluarga tersayang. Apa habaq semua? Reja macam mana? Tok Wan harap semua okey la no.. Moga-moga selalu dirahmati dan diberkati selalu hendakNya.
          Tok Wan nak tanya, penah dak hangpa rasa gelabah, cemas, gabra bila berhadapan dengan situasi tertentu.. Tok Wan tanya ja.. kot kot ada.. sebab Tok Wan dulu masa kecik slalu gak la gabra terutama bila bercakap dikalayak ramai. Kalau nak sembang dengan awek pun sama gak. Biasa la Tok Wan ni pemalu.. Maklumla ensem.. tu yang segan takut kena ngorat. huhuhuhu... lawak ja no...
         Harini Tok Wan nak kongsi Ilmu Pemberani. Hangpa nak dak? Kot kot boleh amal. Kalau ilmu ni bermanfaat bagi hangpa, amalkanlah... Tok Wan pun dapat share jugak. huhuhu.. bukan apa, nak cari pahala free.
         Sebenarnya bagi Tok Wan la sifat gelabah, gabra, selalu cemas, penakut ni adalah sifat orang yang tiada keyakinan diri ataupun tiada persiapan kendiri. Depa malu, takut nanti kalau depa cakap orang komplen. Jadi depa malu la satgi, takut orang tak boleh terima pendapat depa. Kalau ngorat awek plak depa takut kena reject... malu muka ooo. huhuhu..
        Bagi Tok Wan senang ja.. ni cerita ikut pengalaman Tok Wan sendiri, kalau hangpa rasa boleh ikut, ikut la.. kalau rasa tak boleh ikut.. buat ikut kapasiti diri sendiri, setiap orang tak sama.
           Yang pertama bagi Tok Wan, kena bersyukur dan terima diri kita seadanya. Jangan bandingkan kita dengan orang lain. Anggap orang lain pun sama ja macam kita. Kena igat setiap orang Allah dah bagi ujian masing-masing, dan kena igat Allah takkan membebankan kita dengan ujian yang tak mampu kita harung. Dia tau kita boleh sebab tu dia bagi kat kita ujian tu. Jadi kita kena bersyukur. Terima kelemahan diri dan fikirkan cara untuk berubah kepada lebih baik.
            Yang kedua, yakin pada diri sendiri dan selalu ada persediaan. Training make perfect. Tetapkan dalam hati, "Aku Boleh.." kita pasti boleh lakukan. "Yakin Boleh". Setiap benda mestilah dilakukan dengan langkah pertama, cuba tengok bayi, bila dia lahir daripada tido, boleh meniarap, merangkak, hingga boleh berjalan dan berlari. Semuanya dilakukan dengan penuh keyakinan, kalau dia tak yakin takkan dia boleh berjalan. betui dak? Ha.. jadi kena yakin diri.. tapi jangan sampai terlebih yakin plak.. Bak kata omputih.. Over Confident.. nanti ke laut jugak.. poyo nanti kang. huhuhu..
           Yang ketiga, berfikiran terbuka, jangan bersangka-sangka dan selalu berfikir positif. Tok Wan ni jenis macam ni la. Malas nak dengaq cakap orang, lantak la depa nak cakap apa. Bukan depa bagi kita makan. Tapi Tok Wan bukan jenis reject terus pendapat orang lain. Kita buat apa yang kita rasa betul tapi ada masanya kita kena terima atau dengar nasihat orang. Mana tau kot-kot nasihat depa tu boleh pakai. Dengaq la dulu, kalau boleh pakai kita pakai, kalau tak boleh tak payah pakai. Jangan takliq buta sudah la.. faham kan.. kalau tak faham hangpa pikiaq la sendiri.. huhuhu..
            Yang ke empat, muhasabah diri, berusaha & berubah kepada yang lebih baik dan jangan takut gagal. Sebelom tidoq tu cuba pikiaq balik.. apa yang aku dah buat harini, besok cuba berubah yang lebih baik. Cuba lagi dan cuba lagi. Kalau gagal cuba perbaiki, kalau jatuh bangun kembali, jangan takut hidup ini adalah survival. Orang yang berani adalah orang yang menerima kegagalan dalam sudut positif. Macam omputeh cakap Dare To Fail, berani gagal. huhuhu...
       Sebagai contoh, macam kita pi ngorat awek la.. takkan skali kita ngorat terus dapat. Awek tu pun mesti jual mahal sket.. dia pun takut jugak nanti orang kata dia gatai. betui dak.. tapi hangpa jangan la  putus asa.. usaha lagi.. lama-lama cayaq la.. huhuhu..
       Lagi satu contoh nak bagi.. Hangpa penah naik gerek dak? orang Kl cakap basikal. Cuba hangpa igat balik.. takkan sekali naik terus boleh bawak betui dak.. kena training... lama-lama boleh la. Sama situasi dia macam bawak moto, reta..
        Serupa jugak dengan public speaking. Kita kena selalu bercakap depan orang.. Mula-mula memang malu.. lama-lama okey la.. kalau tak percaya.. cuba try la.. hari-hari buat... Nanti pasti boleh. huhuhu...
       Yang kelima ni banyak orang selalu lupa untuk berdoa dan berserah pada Allah ataupun Tawakal kepada Allah. Kita selalu dok igat segala kejayaan, kebahgiaan, harta benda ni daripada usaha kita sendiri. Sebenaqnya kita silap, Allah bagi semua tu untuk jadi ujian kepada kita. Dengan kelebihan yang kita ada apa kita nak buat. Apa manfaatnya kita kepada orang lain, pada dunia, pada alam. ha... nampak dak?
            Kat sini Tok Wan nak kongsi sikit doa yang mak Tok Wan ajarkan. Doa ni sama macam guru Tok Wan, Baba Affendi ajarkan kat Tok Wan.
"La Taqho La Tahzan, Innalillah ha makna"
"Aku tidak takut, Aku tidak gentar kerana Allah bersama dengan Aku."
          Lepas baca tu tiup sikit kat ulu hati. Insya Allah, rasa gemuruh tu ilang sikit. Boleh amalkan... mohon pada Allah supaya hilangkan rasa takut kita, terutama pada musuh-musuh Allah.
          Tapi Tok Wan nak pesan sikit la... bukan sebab ayat kita jadi berani, tapi sebab keyakinan kita bersama-sama Allah. Kalau Allah bersama kita tiada mudarat yang dapat singgah kat kita tanpa izinNya. Paham kot no....
Ulang kaji sikit:-
1. Bersyukur dan terima diri seadanya.
2. Yakin pada diri sendiri dan selalu ada persediaan.
3. Berfikiran terbuka, jangan bersangka-sangka dan selalu fikir positif.
4. Muhasabah diri, berusaha untuk jadi lebih baik dan berani gagal.
5. Berdoa dan berserah kepada Allah.
            Ha.. cukup la kot lima petua untuk ilmu pemberani ni. Kalau tak faham boleh tanya... tak payah nak ijazah pun.. yang penting yakin kepada ketentuan Allah. Yang baik dari Allah dan yang buruk tu dari Tok Wan sendiri. Nak amal doa tu pun boleh.. taknak amal, Tok Wan tak paksa... terserah pada masing-masing. Insya Allah, jumpa lagi di next post.
Assalamualaikum...
       

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...