loading...

Jantung - Anugerah Allah

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Tok Wan Gila. Apa habaq semua, sihat ka? Hari ni Tok Wan nak tulis pasai Jantung. Hangpa tau dak yang janjung ni antara anugerah Allah kepada kita amat besar.
             Cuba pejamkan mata dan bayangkan jantung kita berhenti seminit ja. Agak-agak apa akan jadi pada kita. Kat bawah ni Tok sediakan beberapa fakta Jantung kepada kita. Saja ja bosan, Tok Wan Updated blog... hangpa baca la no...
JANTUNG - Anugerah Allah Yang Amat Besar

1. Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita
Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan bagian tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan bekerja selama kita hidup.
Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.
2. Jantung bukan hanya satu pam
Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.
3. Volume Pengepam satu hari 
Ini contoh tangki 15,000 liter . Volume sebanyak ini yang tiap hari dipam dan diputar jantung kita . Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.
4. Panjang saluran darah 
Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!
5. Denyutannya jantung 
Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali semenit.
Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia? 
6. Tekanan pam jantung
Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.
Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin.
           Kadang kadang Tok Wan dok pikiaq, kita dok guna jantung ni sepanjang umur kita. Dia tak jem ka, risau gak la Tok Wan. Dah la rokok kuat, kolestrol tinggi. Buat tetiba ja keras... jem terus... Gol Baka Wali... huhuhu..
          Apa apa pun jumpa next entry. Assalamualaikum.....

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...