loading...

Pinggan Mangkuk Bunian

Assalamualaikum. Salam Sejahtera buat semua... Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari2 yang telah lalu. Hangpa semua apa habaq? Tok Wan harap hangpa semua pakat2 sihat la no.
          Harini Tok Wan nak cerita sikit pasal bunian. Tok Wan cerita ni bukan sebab Tok Wan pandai ka.. pernah jumpak atau sembang dengan depa ka. Takdak aih... ni cerita dari mulut ke mulut... Sampai kat Tok kepada Tok Wan dan dia pulak cerita la kat Tok Wan.
         Kat sini Tok Wan tak mau komen apa apa aih pasal bunian ni jin ka, manusia ka, orang ghaib ka, setan ka... sebab Tok Wan pun tak tau. Tak penah jumpak depa lagi.. takat dengaq crita orang2 tua kat kampung ja la. Tok Wan cerita ni takdak nak tambah2 cerita. Takat mana Tok Wan tau pasai depa ni ja la.
           Orang kita dulu la, hidup kat kampung2.. dekat2 utan.. takdak lagi zaman tu rumah2 taman macam la ni.. pekan pun taktau la ada ka dak.. kalau ada pun mungkin tak sama macam la. KLCC atau banggunan tinggi ni memang takdak la. Shopping komplek Sogo, GM, Giant, Komtar, Kedai 2 Ringgit jangan mimpi la kalau nak ada pada zaman tu.
            Depa pun hidup berkelompok, bermasyarakat jugak la macam kita. Hubungan dalam kampung tu umpama satu keluarga, macam adik beradik. Bukan macam kita la ni, jiran sebelah pun tak kenai. Dok ghumah flat.. jiran sebelah pintu pun tak tau nama. Bila posmen mai hantaq surat, tanya jiran sebelah buat muka tak kenai...
           Depa dulu bukan takat kenai jiran sebelah ghumah. Nuu.. Orang yang dok ujung kampung pun depa kenai, anak berapa, nama sapa, umoq berapa. Hebat dak orang dulu2. Bukan macam kita la ni. Haram apa pun tak tau.. cer tanya budak2 la ni tgk.. yang tau PUBG dengan Mobile Legend ja... kalau pasai hubungan ukhwah sesama masyarakat. Hampeh. eh.. bukan nk beletiaq.. cerita ja... sambung balik cerita Tok Wan tadi.. kat mana tak tau...
        Dulu hebatnya ukhwah dikalangan penduduk kampung, surau boleh dikatakan sentiasa penuh la.. kalau orang luaq masuk kampung pun bleh detect awai... sebab semua dah kenai.. nak berlaku haru biru ni pun susah sket la... kalau kenduri kendara boleh dikatakan satu kampung turun. Gotong royong pakat nak jadi mentara, pakat tolong buat reja...
          Nak dijadikan cerita kampung ni memang dah lama dah berjiran dengan kampung Nian. Dah berpuluh tahun dah hubungan akrab antara kedua kampung tak pernah renggang. Kalau kita kata bunian ni jin.. tak boleh nak tengok.. orang kampung ni mesti kata hangpa semua gila.. sebab hubungan depa dengan penduduk kampung nian ni takda hijab. Sama ja hubungan macam kita ja. Boleh tegur sapa.. sembang ramah macam orang lain.
          Hat ni sempoi.. nanti hangpa kata penduduk kampung ni semua kasyaf plak dah.. hahaha..
Sambung cerita balik.. ha.. setiap kali kenduri kendara.. bukan takat orang kampung semua turun.. bahkan orang kampung Nian pun pakat turun tolong sama.. pinggan mangkuk, periuk belanga berpindah randah.. kalau kenduri kat kampung nian pun mcm tu jugak, orang kampung ni pun pakat turun tolong kat sana jugak.
            Hat potong bawang, potong daging, siang ikan pakat dok sibuk sehari awai lagi dah. Pagi kenduri pakat dok riuh la.. dok tanak nasik sekawah.. tumis gulai la macam2. boleh kata meriah. Semua depa tau la tugas masing2.
          Kenduri tu sepatutnya sehari boleh jadi 3 hari tu. Sehari persediaan, sehari kenduri dengan hari lepas kenduri tu pakat dok kemas. Bukan main tinggai kat tuan rumah ja.. bukan pakai khemah katering macam la ni. Orang dulu pakai "Balai".  Macam khemah besaq.. tapi lantai tinggi. Orang la ni taktau la dapat merasa ke dak ntah, makan bersila atas balai... Best wo.. Tok Wan nak habaq.. huhuhu..
           Lepas habis kenduri segala yang dipinjam hendaklah dipulangkan. Kalau terpecah tersumpek, bagi tau awal2.. kalau depa minta ganti digantikan, supaya takdak yang bermasam muka. Memang okey ja.. benda boleh bincang buat apa nak gaduh betui dak...
            Setelah berpuluh tahun kemudian penduduk kampung tu pun makin berkembang, banyak dah yang keluar masuk. Kenduri kendara macam tu la jugak meriah. Tapi dah takdak dah pertolongan kawan2 dan penduduk dari kampung Nian dah. Hangpa tau dak pasai pa?
            Banyak jugak spekulasi pasai kes ini. Cewah... macam polis pulak dah... Ni cerita dari arwah tok kepada tok wan...
           Yang pertama, segala yang dipinjam hendaklah dipulangkan. Pernah menjadi kecurian dan penah jugak peralatan dan pinggan mangkuk penduduk Nian ni dipinjam tetapi tidak dipulangkan. Tok Wan pun taktau barang bunian ni macam mana.. cantik kot... kalau letak barang bunian dengan barang biasa pun Tok Wan tak tau beza.. huhuhu..
           Yang kedua, tak jujur dan mungkir janji. Dengaq crita depa ni pantang bab mungkir janji. Selalunya depa ni berkenan dengan orang yang lurus dan jujur. Bab ni pun tok wan taktau nak cakap, mungkin sebab tok wan pun tak lurus sangat kot. Sebab tu tak pernah jumpak pun bunian... huhuhu..
        Yang ketiga, ukhwah dan ibadah berjemaah. Dulu boleh tengok surau penuh, solat 5 waktu pun ramai. Majlis tahlil ramai, Kenduri kendara ramai, Qiamullail la macam2. Tapi la ni dah takdak dah macam tu, masing2 dok sibuk dengan urusan peribadi.
        Kalau dok ada pun dok sibuk menghukum.. hatni salah masuk neraka, hatni bidaah, hatni dosa, hatni... hatnu... hattu... Huhuhuhu..  taktau dah la .. nt Tok Wan crita lagi...
Assalamualaikum 

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Merantau : Tok Wan & Teater

loading...