loading...

Nuzul Quran

Assalamualaikum.
Ni Tok Wan nak tanya hangpa semua. Besok ramai yang cuti kan... hari Nuzul Quran, hangpa tau dak Nuzul Quran tu hari apa?
Ni Tok Wan bagi penerangan sket apa dia hari Nuzul Quran tu.
Nuzul Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
           Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
          Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
            Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad Saw melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Hari Nuzul Quran ni juga hari kembalinya ayah Tok Wan ke Rahmatullah. Semoga Allah merahmatinya di dunia dan akhirat. Al Fatihah.

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...