loading...

Kisah Naga Dari Telaga

Assalamualaikum. Selamat Bersahur dan Salam Subuh. Arini Tok Wan nak cerita kisah benar dan nyata yang Tok Wan alami sendiri.
        Kisah ni terjadi pada masa umur Tok Wan berumur 6 atau 7 tahun macam tu la. Masa tu Tok Wan dok dengan mak dengan ayah Tok Wan kat Kampung Guar Lobak Kulim Kedah.
         Rumah kampung ja yang kami duduk tu. Pemilik rumah yang kami sewa tu nama Pak Ngah Mat. Rumah atasnya rumah papan dan bahagian bawahnya rumah batu. Bekalan air dengan api semua cukup.
        
          Yang bestnya di tepi sebelah kanan rumah dia terdapat pokok Machang, di bahagian depan pulak ada pokok Asam Renda. Kalau berjalan sikit sebelah kiri rumah dekat depan tu ada pokok Durian Belanda.
          Disebelah kiri rumah, jauh la sikit ada rumah jiran. Lupa dah nama apa, tapi di sebelah kanan tu pulak lepas pokok Machang sikit ada denai bersebelahan dengan hutan kecil.
           Yang bestnya di belakang rumah ni ada perigi atau orang Kedah panggil telaga. Airnya sejuk nyaman ja. Siap ada ikan Kaloi lagi dok berenang dalam tu. Pernah berlaku banjir pada musim terkujuh air naik sampai paras pinggang. Abis rumah bawah masuk air, nasib baik rumah atas ada kalau dak habisla kami kena tidoq balai raya takpun sekolah. Tapi lepas ayaq surut pun ikan Kaloi tu dok ada dalam telaga tu lagi.
          Kalau bangun pagi nak mandi tu, Ya Allah... sejuknya. Bak kata orang Kedah sejuk gedi bak hang. Dah la gelap... belakang rumah tu kalau nak p jamban.. huish.. memang tobat la kalau malam. Jauh kebelakang tu... dekat dengan hutan. Memang la kan.. takkan nak buat jamban sebelah telaga. Nanti tak ke pasai mandi ayaq taik... huhuhu...
           Sambung balik pada topik asal. Nanti hangpa dok tanya plak, Tok Wan ni nak cerita naga ka nak crita pasai jamban. hahaha..
           Al Kisahnya, hari Jumaat. Lepas waktu Dhuha la kot.. tak masuk waktu Zohor lagi. Sana kat Kedah Jumaat cuti sekolah hangpa tau kan. Jangan dok tuduh Tok Wan ponteng sekolah pulak.
         Tok Wan dengan pakai seluaq pendek, sambil ambil tola (tuala) boh atas pala dok termenung kat belakang rumah. Senang cerita dekat pintu dapoq la mengadap ke telaga. Dalam dok temenung tu Tok Wan dengaq bunyi pelik dari dalam telaga tu. Tok Wan tengok ja tapi tak p dekat pun. Dengaq macam ada benda dok panjat naik dari dalam telaga tu.
            Tiba-tiba keluar makhluk pelik dari dalam telaga tu terus mengadap Tok Wan. Tok Wan yang yang tengok ni jadi macam keras, tak leh cakap apa dah. Terpaku kat situ jugak.
            Badan dia tu berkilat macam warna perak tu, orang kedah merelit warna silber. Panjang macam ulaq, tapi rasa macam sedepa lebih la kot. Besaq dia tu kira2 besaq sikit dari lengan budak. Berkaki empat berkepala merah. Dia tengok Tok Wan, Tok Wan tengok dia. Dia tengok Tok Wan, Tok Wan tengok dia. Keras...
          Lepas tu dia tengok kiri terus dia lari. Pergerakkan dia tu macam ular... ziq zaq.. ziq zaq.. tapi laju gila bak hang... Badan dia yang kena cahaya matahari tu silau macam bercahaya tu. Laju ja dia terus masuk dalam hutan kat tepi rumah.
         Tok Wan yang ternganga ni.. terkejut tak abis lagi teruih lari masuk rumah cari mak.. terjerit jerit macam kera kena belacan. Mak pun teruih p ke pintu dapoq tengok keluaq. Tok Wan pun cerita la benda yang jadi. Mak Tok Wan cakap mengkarung ja kot... adui... Jauh betul rupa mengkarung dengan rupa makhluk tu.
       Memang la tak besaq mana.. tapi bentuk dan rupa dia memang Tok Wan igat sampai la.. 1st time tengok kan... Hangpa tak caya sudah.. Tok Wan cerita ja. Tapi Tok Wan crita benda betui...
Sekian, len kali sembang lagi.
Assalamualaikum.
         

Ulasan

loading...

Catatan popular daripada blog ini

Asal Melayu dari Atlantis

Hadits Jibril

Ilmu Pengasih Umum

loading...