Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019
loading...

Mencari Malam Lailatul Qadar

Imej
Lailatul Qadar Assalamualaikum. Setiap kali bulan Ramadhan atau bulan puasa mesti topik lailatul qadar jadi topik bualan hangat. Kali ini Tok Wan nak berkongsi tips mencari malam lailatul qadar. Bukannya Tok Wan pandai pun, Tok Wan pun tak pernah jumpa. Tapi sama-samalah kita berusaha untuk beribadah dengan ikhlas semoga kita dapat malam yang diberkahi Allah ini hendaknya.         Ini pun Tok Wan kopipes ja dari wikipedia. huhuhu... Lailatulqadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qurandalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini merupakan pandangan jumhur ulama dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang mengan…

Takziah Buat Rakyat Pahang

Imej
Assalamualaikum. Hari ini Tok Wan nak minta sama2lah kita baca Al Fatihah dan hadiahkan kpd Ayahanda Sultan Pahang, semoga kembali dalam keadaan yang diredhoi dan dirahmati oleh Allah hendakNya. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dukacita,berita sedih untuk rakyat negeri Pahang di hari Nuzul AlQuran di bulan Ramadhan mulia ini, kemangkatan Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima dilapor kembali ke rahmatullah kira-kira 9 pagi tadi - Istana Pahang AL-FATIHAH *** Sama tarikh kembalinya ayahanda Tok Wan dulu di hari Nuzul Quran. Semoga Tenang di sana. Al Fatihah.

Nuzul Quran

Imej
Assalamualaikum.
Ni Tok Wan nak tanya hangpa semua. Besok ramai yang cuti kan... hari Nuzul Quran, hangpa tau dak Nuzul Quran tu hari apa?
Ni Tok Wan bagi penerangan sket apa dia hari Nuzul Quran tu. Nuzul Quran Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.            Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.           Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.             Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad Saw melalui…

Kisah Naga Dari Telaga

Imej
Assalamualaikum. Selamat Bersahur dan Salam Subuh. Arini Tok Wan nak cerita kisah benar dan nyata yang Tok Wan alami sendiri.         Kisah ni terjadi pada masa umur Tok Wan berumur 6 atau 7 tahun macam tu la. Masa tu Tok Wan dok dengan mak dengan ayah Tok Wan kat Kampung Guar Lobak Kulim Kedah.          Rumah kampung ja yang kami duduk tu. Pemilik rumah yang kami sewa tu nama Pak Ngah Mat. Rumah atasnya rumah papan dan bahagian bawahnya rumah batu. Bekalan air dengan api semua cukup.

          Yang bestnya di tepi sebelah kanan rumah dia terdapat pokok Machang, di bahagian depan pulak ada pokok Asam Renda. Kalau berjalan sikit sebelah kiri rumah dekat depan tu ada pokok Durian Belanda.           Disebelah kiri rumah, jauh la sikit ada rumah jiran. Lupa dah nama apa, tapi di sebelah kanan tu pulak lepas pokok Machang sikit ada denai bersebelahan dengan hutan kecil.            Yang bestnya di belakang rumah ni ada perigi atau orang Kedah panggil telaga. Airnya sejuk nyaman ja. Siap …

Dongeng Bang Sibaguk

Imej
Assalamualaikum. Selamat dan sejahtera. Semoga hari ini Allah merahmati hidup kita seperti hari2 sebelumnya. Aamiin.        Harini Tok Wan nak crita kat hangpa semua pasai Bang Sibaguk.  Hangpa penah dengaq dak crita pasai crita ni. Mesti ramai tak penah dengaq. Tok Wan dengaq crita ni pn masa Tok Wan budak2 dulu lagi. Arwah Tok kepada Tok Wan yang dok crita. Maklum la cucu kesayangan Tok. Crita dia lebih kurang macam ni la......
Dulu dulu binatang boleh bercakap, kita pun boleh faham bahasa depa, masing-masing ada perasaan.            Dalam banyak-banyak haiwan tu ada la sekoq bernama Bang Sibaguk dok dalam hutan tebal seorang diri. Depa kata saiz dia lagi besaq dari orang, badan berbulu, gagah dan perkasa. Dalam fikiran Tok Wan masa tu dok terbayang Big Foot, Mawas, Hantu Sejarang Gigi  takpun Hantu Raya. huhuhu... tp semua imaginasi Tok Wan la masa tu..            Bang Sibaguk ni selain mencari makanan dihutan dia akan turun ke kampung2 untuk melihat aktiviti orang2 kampung. S…

Pinggan Mangkuk Bunian

Imej
Assalamualaikum. Salam Sejahtera buat semua... Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari2 yang telah lalu. Hangpa semua apa habaq? Tok Wan harap hangpa semua pakat2 sihat la no.           Harini Tok Wan nak cerita sikit pasal bunian. Tok Wan cerita ni bukan sebab Tok Wan pandai ka.. pernah jumpak atau sembang dengan depa ka. Takdak aih... ni cerita dari mulut ke mulut... Sampai kat Tok kepada Tok Wan dan dia pulak cerita la kat Tok Wan.          Kat sini Tok Wan tak mau komen apa apa aih pasal bunian ni jin ka, manusia ka, orang ghaib ka, setan ka... sebab Tok Wan pun tak tau. Tak penah jumpak depa lagi.. takat dengaq crita orang2 tua kat kampung ja la. Tok Wan cerita ni takdak nak tambah2 cerita. Takat mana Tok Wan tau pasai depa ni ja la.            Orang kita dulu la, hidup kat kampung2.. dekat2 utan.. takdak lagi zaman tu rumah2 taman macam la ni.. pekan pun taktau la ada ka dak.. kalau ada pun mungkin tak sama macam la. KLCC atau banggunan tinggi ni memang takdak la. Sho…

Buku Cerita Seram

Imej
Assalamualaikum. Bulan puasa ni kadang2 teringat balik masa zaman dulu2. Ni Tok Wan nk crita balik zaman Tok Wan remaja dulu2. Tok Wan ni suka crita2 mistik.. hantu.. bunian.. jin..

          Klu tak dgr crita2 dari org tua2 kat kampung takpun crita2 dongeng dari nenek. Mesti Tok Wan dok layan crita2 dari buku2 crita hantu. sementara tgu berbuka tu takpun lepas sahur... mesti baca dulu..           Antara penulis2 yang jd paberet Tok Wan masa tu adalah Tok Awang Ngah dgn Tamar Jalis...
ada lg la penulis2 lain, tp penulis2 berdua ni yg rasa legend sampai sekarang. Erm... kenangan 25-30 tahun dulu mengusik jiwa...           Buku2 karya penulis berdua ni best jgk klu cerita hantu. klu hangpa tak caya... boleh cari buku2 depa balik. Try baca.. tobat... mesti rasa macam hangpa yg alami benda2 ni semua.. Boleh try la... memang paberet Tok Wan 

Merantau : Merantau

Imej
Assalamualaikum. Selamat berkenalan dan selamat berposa.
Tok Wan ni saja ja belajaq nk tulis blog ni, bukan pandai pun.

Pertama kali tok wan nk kenaikan diri dulu. Tok Wan asai Utagha, la ni dok kl ja la sb reja kat sini.

        Dulu skolah belajaq xpandai mana pn. sekolah menengah Spm tingkat 4 naik tangga xdak lift dgn belajar kampung2 ja. Lepas abis skolah ayah hambat keluaq suh berdikari.. bukan halau tau dak.. hambat ja..suruh berdikari.. suruh merantau... org kata p bukak mata.. tgk tempat org..

         Merata dah p berjalan. Paling lama dok dkt Sg petani 3 tahun, penang setahun lebih last2 lekat kat kl lebih 15 tahun dah kot la rasa dia.

        Dulu masa mai kl ni dok dgn spupu kat kajang.. duit dlm poket ada 4 ratus ja kot, hasil reja piza hat kat penang.

        Seminggu dok sana xdak reja.. duit makin kering.. last2 p mintak reja kat restoran mamak (ke india) xtau la.. janji ada reja blh isi perut. Banyak jugak pancaroba dah rasa sebagai tukang cuci pingan dgn tukang amik…

AKU

Imej
AKU

Seruan pawana seruan taqhut,
Membenam hati membuka nafsu,
Lupakan pencipta diriku kalut,
Mengejar duniawi bak embun salju.

Nur cahaya aku dijadi,

Dari tanah aku berdiri,
Api memburu umpama tradisi,
Iman dan taqwa pelindung diri.

Al Quran dan Sunnah jadi pegangan,
Dunia dan akhirat jadi tumpuan,
Bentang hidup jalan kebenaran,
Menuju cahaya hidayah Tuhan.

Ku cari paku didalam paku,
Paku datang dari seberang,
Ku cari aku di dalam aku,
Aku bersembunyi di dalam terang.

Ku seru jiwa di dalam jiwa,
Jiwa berkait berakar berotan,
Aku hamba bukanlah dewa,
Aku hamba ciptaan Tuhan.


Salam perkenalan dari hamba;
Tok Wan Gila


loading...
loading...